Pokok Gapis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Gapis
260px
Pengelasan saintifik


Pokok Gapis (bahasa Inggeris: Yellow Saraca) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, dan banyak terdapat di sepanjang sungai di bahagian utara negara tersebut. Nama botaninya Saraca thaipingensis.

Akar Pokok Gapis biasa digunakan untuk membuat pemegang parang.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Gapis tumbuh sehingga 10 meter (33 kaki) tingginya. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Daun: Besar, berwarna hijau tua, dan dibahagikan menjadi daun-daun kecil.
  • Bunga: Tumbuh secara langsung daripada batang pokok, dahan, atau ranting, dalam bentuk rumpun yang besar. Warnanya kuning aprikot, dengan mata yang merah terang. Bagaimanapun, struktur-struktur yang kelihatan seolah-olah kelopak sebenarnya adalah sepalnya. Bunga ini amat wangi, dan Pokok Gapis kelihatan amat cantik pada waktu bunga berkembangan.
  • Buah: Merupakan lenggai yang besar, leper, amat keras, dan berwarna ungu. Buah ini yang mengandungi banyak biji perang hitam sering dimakan oleh monyet dan tupai.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.