Pokok Geli-geli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Geli-geli
Lasia spinosa.jpg
L. spinosa
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperma
(tanpa pangkat): Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Lasioideae
Genus: Lasia
Spesies: L. spinosa
Nama binomial
Lasia spinosa Thwaites
Lour.

Geli-geli, gali-gali, atau nyambing merupakan sejenis tumbuhan herba. Pucuk mudanya boleh dibuat ulam dengan merebuskannya dan dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau cecahan yang lain. Rasanya lemak, sedap seakan-akan rasa asparagus. Perhatian perlu diberikan kerana daun geli-geli mengandungi sedikit toksik dan perlu direbus sehingga masak dahulu jika ingin dimakan dan tidak boleh dimakan mentah.

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Lukisan botani geli-geli.

Ia ialah tumbuhan renek kecil setinggi 50-75 cm. Batangnya lembut pendek, menumpang tangkai daun yang panjang, berduri kecil. Daun tunggal, bertangkai panjang, bercarik ke dalam, membentuk 4-8 pasang cuping yang tirus serta panjang. Cuping paling bawah melentok ke bawah. Tangkai daun dan urat di permukaan bawah daun berduri keras. Bunga kecil, terdapat dalam jambak bunga yang keluar pada pangkal pokok. Seludang jambak bunga berwarna hijau di luar dan berwarna unggu keperangan di sebelah dalam. Buah berwarna hijau, tersusun rapat pada jambak buah.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Daun geli-geli mengandungi air, karbohidrat, serat, alkaloid, mineral, musilaj, protein, kalsium, kalium, zink, ferum dan vitamin.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat sakit perut, sembelit, buasir, gout, sakit pinggang, air pelut tidak lawas, dan rawatan selepas bersalin.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]