Pokok Gohor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Gohor
Pengelasan saintifik


Pokok Gohor ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Sapindaceae yang berasal dari Malaysia, dan Indochina. Nama botaninya Paranephelium macrophyllum.

Minyak dari biji-biji Pokok Gohor pernah dipergunakan untuk api lampu pada masa sebelum minyak tanah boleh didapati. Minyak ini juga dipergunakan untuk merawat sesetengah penyakit kulit.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Gohor tumbuh sehingga 10-15 meter (33-49 kaki) tingginya. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Daun: Besar, dan terdiri daripada daun-daun kecil yang tegar, berkilat, dan beracun. Tepi daunnya bergigi. Daun-daun baru mempunyai warna kemerah-merahan.
  • Bunga: Kecil, berwarna merah, berbau wangi, dan tumbuh dalam rumpun yang besar dan tegak.
  • Buah: Besar, bulat, berwarna perang kekelabu-kelabuan, dengan duri yang keras seolah-olah durian amat kecil.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.