Pokok Jelawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Jelawai
260px
Pengelasan saintifik


Pokok Jelawai (bahasa Inggeris: Malayan Terminalia) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Combretaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, dan Singapura. Pokok ini merupakan spesies yang mudah tumbuh di kawasan berpaya dan sering digunakan dalam rancangan penanaman pokok semula. Nama botaninya Terminalia subspathulata.

Kayu Pokok Jejawai ringan dan timbul dalam air, walaupun baru ditebang. Berat kayunya 450-480 kilogram per meter persegi apabila dibiarkan kering secara biasa. Batang Jejawai boleh diketam berkeping dengan mudah dan sering digunakan sebagai venier teras dalam penghasilan papan lapis. Kayu ini juga digunakan untuk membuat perahu.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Jelawai ialah pokok yang besar dan tumbuh sehingga 50 meter (164 kaki) tingginya, dan mempunyai akar-akar banir yang ketara. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Daun: Agak kecil, keras, dengan warna hijau kebiru-biruan sedikit pada permukaan bawah. Daun-daun ini luruh pada sekitar bulan Oktober, dengan daun dan bunga yang baru berkembang pada setiap bulan Mei.
  • Bunga: Amat kecil, dan berwarna kuning kehijau-hijauan, dengan bau yang kuat.
  • Buah: Leper serta bersayap, dan mengandungi sebiji biji. Buah-buah ini masak pada setiap bulan September.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]