Pokok Kelapa Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kelapa/nyiur laut
Pauh janggi
Female coco de mer growth.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Order:
Keluarga:
Genus:
Lodoicea
Spesies:
maldivica
Sinonim[2]

Kelapa laut, nyiur laut atau pauh janggi (nama saintifik: Lodoicea maldivica; Bahasa Perancis: coco de mer) merupakan sejenis palma tunggal genus Lodoicea yang berasal dari kepulauan Seychelles terutamanya di pulau-pulau Praslin dan Curieuse. Pokoknya membuahkan biji benih paling besar seluruh alam tumbuhan mencapai berat timbangan setinggi 25kg atau maksimum 42 kg[3][4] dengan ukuran panjang setengah meter.[5]

Pokok ini kini merupakan spesies terancam disenaraikan Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa: sebanyak lebih kurang 8,000 batang pokok ini yang didapati di kawasan liar pada 2019[5] di mana semua pokok ini hanya boleh didapati di taman-taman negara pulau-pulau Praslin dan Curieuse malah perdagangan kelapa ini dikawal undang-undang negara Seychelles melalui Perintah Pengurusan Kelapa Laut 1995.[6]

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok kelapa laut bertumbuh sehingga 25-34 meter tinggi; pokok kelapa laut paling panjang pernah dicatatkan setinggi 56.7 meter.[7] Daun-daunnya berbentuk kipas dengan ukuran 7-10 meter panjang dan 4.5 meter lebar dengan petiol sepanjang 4 meter; ada juga pokok muda yang mempunyai petiol muda sehingga 9-10 meter panjang.[8][9][10] Daun-daun ini mencorong lalu membolehkan bendasing dan air disalurkan terus untuk membekalkan gizi tumbuhan,[11]

Jantina pokok muncul secara berasingan di mana ada pembezaan antara pokok jantan dengan pokok betina yang tumbuh berasingan; ia merupakan satu-satunya pokok palma dengan sifat ini[12] Pokok jantang menumbuhkan bunga kecil yang menjambak dalam pudung lonjong sepanjang satu meter mengeluarkan bau tersendiri[13] serta debunga yang bertahan selama satu tahun. Pokok kelapa lait

Buah kelapa laut membesar pada pokok betina yang disenyawakan selama 6-7 tahun sehingga ia cukup matang lalu gugur.[13] buah ini kemudiannya mengambil masa dua tahun untuk bercambah. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter, dengan berat sebanyak 15-30 kilogram. Saiz besar buah-buah ditumbuhkan ini merupakan hasil fenomena gigantisme pulau kerana keadaan spesies ini yang terasing dari daratan besar berdekatan sehingga bertambah saiznya.[14]

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Menurut penceritaan masyarakat Perak di semenanjung Melayu, terdapat fenomena air pusar di Beting Beras Basah yang pada asalnya merupakan suatu tasik purba misteri diberi nama Tasik Pauh Janggi sempena perkaitan dengan suatu belahan biji benih kelapa laut yang diberikan kepada Putera Bongsu atau Pangiran Shahbandar Maharajalela, saudara Sultan Shah Berunai dari kerajaan Brunei sebagai salah satu alat pertabalan baginda menjadi Sultan Sulu sekitar tahun 1600.[15]

Di Selangor pula, terdapat kisah yang diceritakan mengenai seorang pengembara asal negeri sama bergelar "Haji Batu" yang berlayar ke Mekah untuk menunaikan haji; pelayaran ini berterusan selama dua bulan sebelum mereka tersasar dari laluan pelayaran mereka sehingga dihanyutkan ke laut dalam dipenuhi batang pokok dan balak kayu berapungan. Pada ketika ini, si haji ini bermimpi didatangkan seorang lelaki yang menasihatinya bahawa dia akan berjumpa sebatang pokok pauh janggi dan dia perlu membawa sebatang tukul dan paku apabila berpaut kepadanya. Pada keesokan harinya, kapal mereka bertembung dengan suatu pusaran air hebat bernama "Pusat Tasik" yang menenggelamkan kapal tersebut, hanya si Haji Batu yang terselamat menemukan pokok yang dijanjikan dan mendaki pokok tersebut ke atas menyelamatkan diri.[16]:8-10

Penemuan lanjut[sunting | sunting sumber]

Setandan buah kelapa laut.

Pada suatu ketika, buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. Bagaimanapun, buah ini kini diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah-buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hanya kini terdapat di dua buah pulau tersebut.

Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan yang terpisah daripada jasad. Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipyge Comm. ex J. St.-Hil. Callipyge ialah bahasa Greek untuk punggung cantik. Nama-nama botani lain yang pernah digunakan termasuk Lodoicea sechellarum Labill. dan Lodoicea sonneratii (Giseke) Baill. Nama genusnya Lodoicea berasal daripada Lodoicus, iaitu perkataan Latin untuk Louis, dan merupakan penghormatan kepada Raja Louis XV dari Perancis.

Sehingga punca yang benar untuk buah Kelapa Laut ditemui pada tahun 1768, banyak orang mempercayai bahawa buah ini berasal daripada sebuah pokok mitos yang tumbuh di dasar laut. Orang-orang bangsawan pada abad ke-16 sering membersihkan kulit buah ini dan menghiaskannya dengan permata yang berharga untuk galeri-galeri peribadi mereka.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fleischer-Dogley, F.; Huber, M.J. & Ismail, S. (2011). "Lodoicea maldivica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2011: e.T38602A10136618. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-2.RLTS.T38602A10136618.en.
  2. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species". Dicapai pada 16 Meu 2014. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ Uhl and Dransfield, 1987.
  4. ^ Wise, R. (1998). A Fragile Eden. New Jersey: Princeton University Press.
  5. ^ a b Bellot, Sidonie (8 July 2020). "Double coconut: The largest seed in the world". Kew Gardens (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 July 2021.
  6. ^ Gerlach, J. (1997). Seychelles Red Data Book. Seychelles: The Nature Protection Trust of the Seychelles.
  7. ^ JOURNAL OF THE PROCEEDINGS OF THE LINNEAN SOCIETY OF LONDON - BOTANY Vol. 9 (1866) p. 260.
  8. ^ BIOTROPICA Vol. 15 # 1 (March 1983) p. 18 Fig 3
  9. ^ E.J.H. Corner, NATURAL HISTORY OF PALMS (Berkeley: Univ. Calif. Press, 1966) pp. 314-315.
  10. ^ Rene Coativy in THE PALM JOURNAL # 195 (Summer 2010) p. 6 plus photo inside front cover p. 1
  11. ^ Edwards, Peter J.; Fleischer-Dogley, Frauke; Kaiser-Bunbury, Christopher N. (2015). "The nutrient economy of Lodoicea maldivica, a monodominant palm producing the world's largest seed". New Phytologist. 206 (3): 990–999. doi:10.1111/nph.13272. PMID 25616088.
  12. ^ Edwards, Kollmann & Fleischmann's selective review of the biology of the species (2002)
  13. ^ a b "Royal honeymooners' 'erotic' souvenir". BBC News. 16 July 2011.
  14. ^ Proctor, J. (1984). "Vegetation of the granitic islands of the Seychelles". Dalam Stoddart, D. R. (penyunting). Biogeography and Ecology of the Seychelles Islands. W. Junk. ISBN 978-90-6193-881-1. OCLC 906429733.
  15. ^ Jasbindar, Freddie Aziz (29 Disember 2018). "Misteri Tasik Pauh Janggi Di Beting Beras Basah, Perak". Orang Perak. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  16. ^ Skeat, Walter William (1900). "Chapter 1: Nature". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 1–15.

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]