Pokok Kelat Jambu Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Kelat Jambu Laut
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Kelat Jambu Laut (bahasa Inggeris: Sea Apple) ialah satu spesies tumbuhan daripada famili Myrtaceae yang berasal dari Asia Tenggara. Pokok ini biasa tumbuh di pantai-pantai berbatu dan berpasir. Nama botaninya Eugenia grandis Wight. [1]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Kelat Jambu Laut tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki). Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Sedikit berfisur atau beralur, dengan warna kelabu. Kulit sebelah dalam berwarna merah jambu pucat hingga merah tua.
  • Daun: Tumbuh secara pasangan yang bertentangan. Daun ini keras, dengan hujungnya tertelungkup secara ketara. Permukaan daun berkilat-kilat.
  • Bunga: Berwarna putih dan berbentuk rumpun padat yang mencolok mata. Baunya amat wangi.
  • Buah: Mempunyai diameter sebanyak 2-3 sentimeter. Kulitnya yang berwarna hijau adalah keras dan kering ketika masak, tetapi masih boleh dimakan.
  • Batang: Kayu yang keras sederhana, dengan ira kasar. Agak tahan lama, dan tidak merekah ketika kering.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.