Keruing bulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Keruing Bulu)

Keruing bulu
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Genus: Dipterocarpus
Spesies:
D. baudii
Nama binomial
Dipterocarpus baudii
Sinonim

Dipterocarpus scortechinii King
Dipterocarpus pilosus Brandis
Dipterocarpus duperreana Pierre ex Laness.

Keruing bulu atau keruing buluh;[1] dengan nama saintifik Dipterocarpus baudii[2] ialah spesies pokok tropika dalam keluarga Dipterocarpaceae (keruing-keruingan). Ia tiada subspesies yang diketahui.[3][4]

Ia turut dipanggil keruing dadeh (Melaka, Negeri Sembilan), dan damar etoi atau atoi (Kedah).[1]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Spesies pokok timbul ini tumbuh lebih dari 40 m tinggi, dengan daun bujur telur buntar lebih dari 250 mm panjang dan mempunyai benih dengan cuping bersayap 150–180 mm panjang.[5] D. baudii ada dicatat dari Burma, Kemboja, Malesia, Thailand dan Vietnam (Da Nang ke wilayah Dong Nai), di mana ia dipanggil dầu Baud.[5]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Dipterocarpus baudii. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/414. [Didapat kembali 08 Julai 2023].
  2. ^ Korth., In: Verh. Nat. Gesch. Nederl. Bot. 59. t. 5
  3. ^ Roskov Y.; Kunze T.; Orrell T.; Abucay L.; Paglinawan L.; Culham A.; Bailly N.; Kirk P.; Bourgoin T.; Baillargeon G.; Decock W.; De Wever A. (2014). Didžiulis V. (penyunting). "Species 2000 & ITIS Catalogue of Life: 2014 Annual Checklist". Species 2000: Reading, UK. Dicapai pada 26 May 2014.
  4. ^ World Plants: Synonymic Checklists of the Vascular Plants of the World
  5. ^ a b Phạm Hoàng Hộ (1999) Cây Cỏ Việt Nam: an Illustrated Flora of Vietnam vol. I publ. Nhà Xuẩt Bản Trẻ, HCMC, VN.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]