Guncak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Kuncur Putih)
Jump to navigation Jump to search

Gunchak
Antidesma.platyphyllum3web.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperma
(tanpa pangkat): Eudikot
(tanpa pangkat): Rosids
Order: Malpighiales
Keluarga: Euphorbiacea
Genus: Antidesma
Spesies: A. ghaesembilla
Nama binomial
Antidesma ghaesembilla

Guncak[1] atau kuncor putih ialah sejenis tumbuhan dari famili Euphorbiacea. Buah mentahnya boleh dibuat ulam dengan makan bersama sambal belacan. Manakala pucuknya boleh dimakan mentah atau dicelur terlebih dahulu kemudian dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau cecahan lain. Rasanya masam-masam manis.

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Pokok bersaiz sederhana dengan ketinggian boleh mencecah 5 meter.

  • Batang: Batang berwarna coklat keperangan.
  • Daun: Daun tunggal, berbentuk bulat bujur dengan hujung daun berbentuk bulat, tepi licin, urat daun jelas, tangkai daun sederhana pendek, berwarna hijau tua.
  • Bunga: Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung daun dan celah ketiak daun.
  • Buah: Buah kecil, bulat, berwarna hijau muda semasa muda dan bertukar ke warna ungu kehitaman setelah masak. Terdapat biji di dalamnya.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Daunnya mengandungi serat, karbohidrat, air, kalium, zink, zat besi, alkaloid, protein, mineral dan vitamin.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat kurang selera makan, sembelit, buasir, dan bagi awet muda.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]