Pokok Lanjut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Lanjut
260px
Pengelasan saintifik


Pokok Lanjut merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Mangifera lagenifera Griff. [1]

Pokok Lanjut dahulunya lazim terdapat di dusun-dusun, tetapi kini ia jarang-jarang kelihatan kerana tidak lagi ditanam dan pokok-pokok tua telah ditebang. Pokok ini mampu mencapai ketnggian sehingga 30 meter. Buahnya seakan-akan buah pokok Binjai tetapi berbentuk buah Pir.

Buahnya panjang 12 – 15 cm, berwarna hijau keperangan atau keunguan dan berbau kuat. Isinya agak kasar, berwarna keunguan dan rasanya masam-masam manis apabila masak. Ia berbuah mengikut musim, tetapi jarang-jarang berbunga atau berbuah, mungkin selang musim terlalu lama dan mengambil masa bertahun-tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]