Pokok Meranti Kepong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Meranti Kepong
260px
Pengelasan saintifik


Pokok Meranti Kepong ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Dipterocarpaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, dan Sumatera. Nama botaninya *Shorea ovalis (Korth.) Bl.


Ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Meranti Kepong tumbuh sehingga 45 meter (148 kaki) tingginya. Dahan-dahannya yang kecil dan halus pada bahagian atas pokok memberi kelihatan layu kepada pokok ini. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Berwarna hijau kekelabu-kelabuan dan mempunyai jalur-jalur yang dalam.
  • Daun: Berbentuk bujur, dengan vena-vena di permukaan bawah daun mempunyai bulu-bulu yang lembut.
  • Buah: Mempunyai lima sayap bak kertas. Setiap buah mempunyai sebiji biji bujur yang dilitupi oleh bulu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.