Pokok Merbau Ipil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini adalah berkaitan dengan Pokok Merbau Ipil (Intsia bijuga), untuk Pokok Ipil-ipil, lihat Leucaena leucocephala.

Pokok Merbau Ipil
Intsia bijuga.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Alam: Tumbuhan
Klad: Angiosperms
Klad: Eudikot
Klad: Rosids
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Genus: Intsia
Spesies:
I. bijuga
Nama binomial
Intsia bijuga
(Colebr.) Kuntze, 1891

Pokok Merbau Ipil ialah pokok yang hidup di paya bakau Asia Tenggara serta pulau-pulau di Lautan Pasifik. Pokok ini yang merupakan pokok rasmi Guam, sebuah wilayah Amerika Syarikat, ialah anggota keluarga Caesalpiniaceae tropika. Nama botaninya Intsia bijuga (Colebr.) O.K. [1]

Pokok Merbau Ipil tumbuh sehingga sekitar 50 meter (160 kaki) tingginya dan memiliki banyak akar banir pada kaki batang pokoknya. Kayu merbau kekadangnya mengandungi bintik "emas" di sepanjang ira kayu dan menyebabkannya kelihatan amat menarik. Banyak kayu ini telah dibeli untuk persediaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

Disebabkan oleh pembalakan yang giat, Pokok Merbau Ipil merupakan spesies terancam di banyak negara di Asia Tenggara, dan hampir pupus di banyak negara yang lain. Kedua-dua pengilang, baik berlesen mahupun tidak, beroleh kayunya.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kayu merbau amat tahan lama serta tahan daripada serangan anai-anai dan oleh itu, amat dihargai sebagai bahan lantai dan kegunaan-kegunaan yang lain. Ia dijual dalam pasaran Amerika Syarikat dan Eropah di bawah nama-nama yang berbeza. Kayu merbau juga boleh digunakan untuk mengekstrak pencelup, dengan kulit dan daunnya juga dipergunakan sebagai ubat tradisional.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

*Laman sesawang Wild Singapore

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]