Pokok Peluru Meriam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok Peluru Meriam
Couroupita guianensis di Singapura
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Couroupita
Spesies:
C. guianensis
Nama binomial
Couroupita guianensis


Couroupita guianensis

Pokok Peluru Meriam atau nama saintifiknya Couroupita guianensis merupakan sejenis pokok yang istimewa kerana ranting-ranting yang menjulur daripada batangnya dan mengeluarkan bunga yang besar dan berwarna-warni. Pokok-pokok begini dikatakan bersifat kauliflori. Bunga-bunga ini tahan berminggu-minggu lamanya dan mengeluarkan haruman yang menarik serangga untuk mendebungakannya. Pokok Peluru Meriam boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi. [1]

Bunga Couroupita guianensis

Ia merupakan sebahagian dari keluarga Lecythidaceae dan tumbuh sehingga setinggi 25 m (82 ft). "Pokok Peluru Meriam" digelar sedemikian kerana buah perangnya seperti peluru meriam. Sebahagian besar dari pokok yang berada di luar persekitaran semulajadi mereka telah ditanam sebagai minat botani, kerana ia menghasilkan bunga yang besar, berbeza. Bunganya bewarna jingga, merah dan merah jambu, dan membentuk jambakan besar sehingga sepanjang 3m. Ia menghasilkan buah berkayu bulat besar bergaris pusat antara 15 hingga 24 cm, mengandungi sehingga 200 hingga 300 biji benih setiap satu.

Jumpaan[sunting | sunting sumber]

Pokok Peluru Meriam diberi nama spesies Couroupita guianensis oleh pakar botani Perancis J.F. Aublet pada tahun 1755.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pokok Peluru Meriam adalah tempatan di hutan tropika timur laut Amerka Selatan, terutamanya Lembangan Amazon dan dikawasan tropika seperti India dan Thailand.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Couroupita guianensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1998. 1998. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]