Pokok pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Pinang)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Pinang
Areca catechu
Beetle palm with nut bunch.jpg
Pokok Pinang
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. catechu
Nama binomial
Areca catechu

Pokok pinang (nama saintifik: Areca catechu[1], bahasa Inggeris: betelnut, tulisan Cina: 檳榔) merupakan satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 sm. Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya.

Pinang ditanam untuk memperoleh buahnya yang penting dari segi ekonomi sebagai kunyahan memberi rasa keasyikan digandingkan bersama sirih.

Botani[sunting | sunting sumber]

Lukisan abad ke-19 menggambarkan bahagian-bahagian pokok pinang

Batang lurus langsing, dapat mencapai ketinggian 25 m dengan diameter lk 15 sm, meski ada pula yang lebih besar. Pelepah daun berbentuk tabung dengan panjang 80 sm, tangkai daun pendek; helaian daun panjangnya sampai 80 sm, anak daun 85 x 5 sm, dengan hujung sobek dan bergerigi.[2]

Tongkol bunga muncul di bawah pelepah pokok berseludang (spatha) panjang dan mudah rontok, tongkol ini panjangnya lebih kurang 75 sm, bercabang rangkap dengan sumbu hujung sampai panjang 35 sm. Betina bunga terletak pada pangkal berwarna hijau dengan panjang lebih kurang 1.5 sm, ia diapit banyak bunga jantan putih kuning yang melentik tancap berukuran panjang 4 mm dengan setiap satu kuntumnya mempunyai 6 stamen.[2] Buah yang dihasilkan berupa beri bulat memanjang antara 3.5 – 7 sm, ia berwarna merah jingga apabila masak. Kulit buah yang berserabut. Biji 1 berbentuk telur, dan memiliki gambaran seperti jala.[2]

Buah pinang muda

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Hutan Areca catechu di Taiwan

Buah pinang sering dihidangkan dengan dibelah menggunakan kacip dan dimakan bersama sirih dan seberapa barang lain setepak termasuk gambir dan kapur.

Air dari buah pinang muda dipercayai mampu mengubati darah dalam air kencing serta mengurangkan rabun bila dititik pada kornea. Abu buahnya yang dibakar boleh digunakan untuk membersihkan gigi secara kadar sederhana. Pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan.[3]

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Buah pinang amat penting dalam adat-adat perkahwinan orang Melayu serta orang India, bahkan adat meminang sendiri datangnya dari pengimbuhan kata pinang lagi-lagi dengan perlambangan kuat buah pinang kepada lelaki dipasangkan kepada daun sirih yang perempuan dalam masyarakat tertentu.[4]:32-33

Masyarakat penganut Hindu mengaitkan buah pinang dengan dewa Brahma dalam penyatuan dewa bertiga kepercayaan mereka.[4]:32

Pulau Pinang yang terletak berdekatan pantai barat Semenanjung Malaysia, dinamakan sempena nama "pinang". Pokok pinang juga merupakan asal bagi nama pekan Bukit Pinang yang merupakan bekas ibu negeri dan kota diraja Kedah sebelum abad ke-18.

Sifat kimia[sunting | sunting sumber]

Buah pinang ini mengandungi bahan alkaloid yang unik didapati seperti arekaina dan arekolina yang dianggap boleh menyebabkan rasa dalam penggunanya apabila dikunyah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pinang palm or Betel-nut palm , Areca catechu, Family Arecaceae
  2. ^ a b c Steenis, CGGJ van. 1981. Flora, untuk sekolah di Indonesia. PT Pradnya Paramita, Jakarta. Hal. 141.
  3. ^ "Pinang". Sirih Pinang. Perpustakaan Negara Malaysia. 1999. Dicapai pada 9 Julai 2021.
  4. ^ a b Rooney, Dawn F. (1992). "The Symbolism". Betel Chewing Traditions in South-East Asia. Kuala Lumpur Malaysia: Oxford University Press. ISBN 0-19-588620-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]