Pokok Rambai Hutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Rambai Hutan
260px
Pengelasan saintifik


Pokok Rambai Hutan ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang berasal dari Asia Tropika, dan Australia. Nama botaninya Baccaurea kunstleri.[1]


Ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Rambai Hutan tumbuh sehingga 20 meter (65 kaki) tingginya, dengan batang pokok yang mempunyai akar banir. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Daun: Berbentuk bujur, dan berlingkar-lingkar pada sekeliling dahan. Permukaan bawahnya lembut dan licin bak baldu.
  • Bunga: Bunga jantan dan bunga betina tumbuh berasingan pada pokok yang berlainan.
  • Buah: Berbentuk bulat, dan berwarna perang. Buah ini membelah untuk membebaskan biji-biji yang berwarna jingga.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.