Pokok Ramin Daun Tebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok Ramin Daun Tebal
frames
Pengelasan saintifik

Pokok Ramin Daun Tebal, juga digelarkan Pokok Kayu Karut, merupakan sejenis pokok kayu keras yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, dan Papua New Guinea. Pokok ini bertumbuh dengan perlahan, khususnya di hutan paya. Nama botaninya Gonystylus brunnescens Airy Shaw. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tinggi Pokok Ramin Daun Tebal mencecah 24 meter, dengan batang pokok yang lurus tanpa akar banir. Diameter batangnya sehingga 60 sentimeter, dengan kayu berwarna putih yang seringnya digunakan untuk perabot kanak-kanak, bidai, papan lapis, bingkai gambar, dan sebagainya. Kayu ini amat popular disebabkan ia lebih keras dan warnanya lebih muda berbanding banyak kayu keras yang lain. Disebabkan eksploitasi berlebihan, Pokok Ramin Daun Tebal serta spesies-spesies yang lain dalam genus ini, telah disenaraikan sebagai spesies terancam, khususnya di Indonesia dan Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.