Pokok Resak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pokok Resak
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Vatica spp.
Cotylelobium spp.

Pokok Resak merujuk kepada beberapa pokok balak dalam genus Vatica dan Cotylelobium.[1][2] Pokok ini boleh ditemui di Asia Tenggara.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Pokok Resak dikelaskan sebagai pokok kayu keras berat. Kayu gubalnya berwarna perang kekuningan muda, manakala teras kayunya berwarna perang kekuningan hingga perang kemerahan. Iranya lurus atau sedikit berpanca. Teksturnya halus dan rata.

Ketumpatan balak kering ialah 815 - 1160 kg/m3.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kayu pokok ini sesuai untuk pembinaan berat seperti jambatan, cerucuk dan kerja dalam air. Ia juga sesuai digunakan untuk ranjang landas dan bahagian dalam kenderaan, selain perabot lasak dan kotak kayu.

Nama pokok[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Resak". MTC Wood Wizard. Dicapai pada 24 Oktober 2011.
  2. ^ "Vatica tonkinensis". The Wood Explorer Database. Dicapai pada 24 Oktober 2011.