Pokok Sentang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pokok Sentang
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperma
(tanpa pangkat): Eudicots
Genus: Azadirachta
Spesies: A. excelsa
Nama binomial
Azadirachta excelsa
(Jack) Jacobs

Pokok Sentang (Azadirachta excelsa (Jack) Jacobs) ialah sejenis pokok mahagoni dalam keluarga Meliaceae yang terdapat di Malaysia.[1] Ia mampu tumbuh sehingga 50 meter (160 kaki) dengan ukuran diameter sehingga 120 sentimeter (50 inci). Kulitnya berwarna kelabu merah jambu atau merah jambu. Bunga-bunganya berbau manis, dan berwarna putih berkrim. Buahnya adalah ellipsoid, hijau bertukar kuning apabila matang, panjang sehingga 3.2 cm (1 in). Nama epithet khususnya excelsa adalah dari bahasa Latin yang bermaksud "menjulang". Habitatnya adalah hutan hujan dari paras laut hingga ketinggian 350 meter (1,000 kaki). A. excelsa berasal dari benua Melayu[2] dan Vietnam.[3]

Pucuk muda, daun dan bunga boleh dimakan mentah sebagai salad, dan dimasak sebagai sayuran. Produk benih spesies Azadirachta telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Pucuk dan bunga muda digunakan untuk merawat penyakit perut dan masalah hidung. Minyaknya digunakan untuk membuat sabun. Kayunya telah digunakan untuk kerja-kerja pembinaan (sambungan, kemasan dalaman dan lantai) dan untuk perabot, barang mewah, ukiran, butiran dll.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ VOLUME II - SUPPORTING STUDIES AND ADDITIONAL INFORMATION FOR THE MANAGEMENT OF PENANG NATIONAL PARK
  2. ^ Mabberley, David J.; Sing, Anne M. (March 2007). "Azadirachta excelsa (Jack) Jacobs" (PDF). dalam Soepadmo, E.; Saw, L. G.; Chung, R. C. K.; Kiew, Ruth. Tree Flora of Sabah and Sarawak. (free online from the publisher, lesser resolution scan PDF versions). 6. Forest Research Institute Malaysia. m/s. 113–114. ISBN 983-2181-89-5. Dicapai 7 February 2014. 
  3. ^ a b "Azadirachta excelsa". Useful Tropical Plants. Dicapai 8 November 2014. 
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TPL" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.