Pokok telang
Pokok telang | |
---|---|
![]() | |
Bunga Pokok Telang | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | C. ternatea
|
Nama binomial | |
Clitoria ternatea |
Pokok telang atau kacang telang (nama saintifik: Clitoria ternatea) merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae.
Botani[sunting | sunting sumber]
Pokok ini jenis berkayu menjalar. Ia mempunyai daun unipinnat memanjang 5 hingga 9.5 sm dengan anak daun membujur atau oblong 5-7 helai setangkai setiap satu berukuran 1.4-6.5 sm panjang dan 1-4 sm lebar.[2]
Bunga tumbuhan terdiri dari lima kelopak tercantum diperhatikan mempunyai bentuk mirip kelentit atau klitoris (clitoris) manusia memberi nama saintifik Clitoria.[3] Bunga ini sebahagian besar berwarna biru nila kerana terkandungnya antosianin[4] tetapi ada juga bunga yang berwarna putih.[3] Stamen bunga mempunyai paling lebih 10 filamen cepu debunga.[3] Biji yang terhasil dari persenyawaan bunga tumbuhan berupa lenggai runcing 5 hingga 12 sm panjang mengandungi 8-10 biji benih.[2]
Kegunaan[sunting | sunting sumber]
Dalam makanan[sunting | sunting sumber]
Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan pewarna makanan menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi kerabu,[4][5] pulut dan mi[5] tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.
Kuntum-kuntum bunga ini boleh diseduh sebagai air teh (yakni "teh bunga telang"); teh ini diketahui di Vietnam, Thailand dan Malaysia sebagai minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis dicampur dengan limau dan pemanis seperti madu atau gula merah.[6] Peminuman teh bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan ketegangan kulit.[7]
Tujuan lain[sunting | sunting sumber]
Bunga telang sering digunakan sebagai barang sembahyang penganut Hindu.
Ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan serta sebagai penggalak mengembalikan semula keadaan persekitaran tanah terbiar.
Galeri[sunting | sunting sumber]
![]() Clitoria ternatea, Isla Margarita, Venezuela |
Manisan Khao tom Thailand bewarna biru dengan bunga Clitoria ternatea |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Pharmacopia Indica Awl
- ^ a b "Clitoria ternate". Floras of Pakistan. Dicapai pada 23 Jun 2021.
- ^ a b c Oguis, Georgianna K.; Gilding, Edward K.; Jackson, Mark A.; Craik, David J. (28 May 2019). "Butterfly Pea (Clitoria ternatea), a Cyclotide-Bearing Plant with Applications in Agriculture and Medicine". Frontiers in Plant Science. 10: 645. doi:10.3389/fpls.2019.00645. PMC 6546959. PMID 31191573.
- ^ a b Izhana Fitri M Rawi (13 Disember 2016). "Bagaimana Nasi Kerabu Mendapat Warna Biru?". Wonderblog. Petrosains. Dicapai pada 30 Jun 2021.
- ^ a b "Khasiat Bunga Telang dan 6 Resipi Homemade Mudah Sedap Boleh Masak Guna Bahan Ini". Rasa. 31 Ogos 2018. Dicapai pada 30 Jun 2021.
- ^ Goldberg, Elyssa (31 Januari 2016). "The Science Behind This Mesmerizing Color-Changing Tea". Bon Appétit. Dicapai pada 2 Julai 2016.
- ^ Suhaidah Abd Wahab (14 Oktober 2019). "Amalan Teh Bunga Telang, Wajah Awet Muda Kulit Tegang Tak Berkedut!". Mingguan Wanita. Dicapai pada 23 Jun 2019.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pokok telang |
- "Plant of the Week—Clitoria ternatea". Dicapai pada 2007-07-31.
- "Clitoria ternatea". Tropical Forages. Dicapai pada 2007-07-31.
- Caldecott, Todd (2006). Ayurveda: The Divine Science of Life. Elsevier/Mosby. ISBN 0-7234-3410-7. Contains a detailed monograph on Clitoria ternatea (Shankhapushpi) as well as a discussion of health benefits and usage in clinical practice. Available online at http://www.toddcaldecott.com/index.php/herbs/learning-herbs/330-shankapushpi
- Comparative Evaluation of in vitro Antioxidant Activity of Root of Blue and White Flowered Varieties of Clitoria ternatea Linn.
- Picture Gallery of Clitoria ternatea
- Antihistaminic activity of Clitoria ternatea L. roots
- Pokok Telang di Melor
Senarai pokok | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |