Fagus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok bic)

Fagus
Fagus sylvatica
Pengelasan saintifik
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:

Fagus adalah suatu genus pokok meluruh dalam keluarga Fagaceae yang betaburan asal di Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Klasifikasi terkini mengenali 10 hingga 13 spesies dalam dua subgenera yang berbeza, Engleriana dan Fagus . Subgenus Engleriana hanya terdapat di Asia Timur, khas untuk rantingnya yang rendah, sering terdiri dari beberapa batang utama dengan kulit kekuningan. Fagus subgenus beches yang lebih dikenali adalah bercabang tinggi dengan batang tinggi, tegap dan kulit abu-abu perak halus. Spesies Fagus sylvatica yang bertaburan di Eropah ialah pokok paling biasa diketahui dari genus ini.

Spesies[sunting | sunting sumber]

Botani[sunting | sunting sumber]

Kulit kayu pokok-pokok ini cenderung licin dan berwarna kelabu muda. Dedaunnya tampak bergigi baik sepenuhnya atau jarang dengan panjang 5–15 cm (2.0–5.9 in) panjang dan lebar 4–10 cm (1.6–3.9 in). Pokok ini berdwijantina di mana bunga-bunga jantan dan betinanya (yang berpasangan) terletak pada pokok yang sama - ia persenyawaan dilakukan melalui pendebungaan oleh tiupan angin.

Buah yang terhasil dari pokok ini jenis kacang kecil bersudut tiga tajam 10–15 mm (0.39–0.59 in) panjang secara tunggal atau berpasangan dalam sekam lembut (cupula) berukuran 1.5–2.5 cm (0.59–0.98 in) panjang, setiap spesies dalam pokok ini dapat dikenal pasti kerana bentuk sekam buahnya yang berbeza-beza.[1] Buah pokok ini boleh dimakan, namun ia mempunyai rasa pahit hasil kandungan taninnya yang tinggi.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kayu diperoleh daripada pokok-pokok genus ini membakar dengan baik lalu boleh digunakan sebagai bahan api yang bagus; ia turut memberikan aroma dan perisa yang tersendiri dalam pembuatan makanan salai seperti sosej[2] dan ham[3] serta pelbagai jenis keju.

Kayu daripada spesies Fagus sylvatica merupakan pilihan lazim dalam pembuatan perabot, lapik lantai dan kayu lapis. Sisa selulosa daripada pulpa kayu ini pula kertas boleh digunakan semula untuk menghasilkan sejenis kain rayon.[4][5][6]

Masyarakat Indo-Eropah zaman dahulu menggunakan kulit kayu ini untuk tujuan penulisan sebelum adanya kertas, terutama dalam konteks upacara keagamaan[7] - penggunaan ini turut dicerminkan dalam asal-usul perkataan "buku" yang datang daripada akar bahasa Jermanik *bōk- merujuk kepada pokok ini, ia turut diturunkan bahasa-bahasa Eropah termasuk kepada bahasa Inggeris (yakni, book daripada bōc).[8][9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shen, Chung-Fu. 1992. A Monograph of the Genus Fagus Tourn. Ex L. (Fagaceae). Ph.D. Dissertation, City University of New York.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-12. Dicapai pada 2012-11-22.CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-23. Dicapai pada 2012-05-17.CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ holistic-interior-designs.com, Modal Fabric Diarkibkan 2011-10-09 di Wayback Machine, retrieved 9 October 2011
  5. ^ uniformreuse.co.uk, Modal data sheet Diarkibkan 2011-10-24 di Wayback Machine, retrieved 9 October 2011
  6. ^ fabricstockexchange.com, Modal Diarkibkan 2011-09-25 di Wayback Machine (dictionary entry), retrieved 9 October 2011
  7. ^ Saskia Pronk-Tiethoff (25 October 2013). The Germanic loanwords in Proto-Slavic. Rodopi. m/s. 81. ISBN 978-94-012-0984-7.
  8. ^ A Concise Anglo-Saxon Dictionary, Second Edition (1916), Blōtan-Boldwela, John R. Clark Hall
  9. ^ An Icelandic-English Dictionary (1874), Borðsalmr-Bók Cleasby and Vigfusson
  10. ^ Douglas Harper. "Book". Online Etymological Dictionary. Dicapai pada 2011-11-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]