Pokok pelangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok pelangi
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
E. deglupta
Nama binomial
Eucalyptus deglupta
Sinonim[1]
  • Eucalyptus sarassa Blume
  • Eucalyptus versicolor Blume
  • Eucalyptus multiflora Rich. ex A.Gray nom. illeg.
  • Eucalyptus naudiniana F.Muell.
  • Eugenia binacag Elmer
  • Eucalyptus binacag (Elmer) Elmer
  • Eucalyptus schlechteri Diels

Pokok pelangi (nama saintifik: Eucalyptus deglupta)[2] merupakan sejenis tumbuhan dari genus Eucalyptus yang bertaburan asal di hutan-hutan hujan tropika kepulauan Filipina, Indonesia dan Papua di Asia Tenggara;[2][3] ia merupakan antara empat spesies dari genus disebut yang tidak didapati secara semula jadi di benua Australia yang merupakan kawasan banyak ditemukan pokok-pokok sejenisnya.[2] Ia dapat dikenal pasti dari kulit kayu berwarna-warni yang sangat menonjol.

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok spesies E. deglupta tumbuh cepat mencapai ketinggian 60–75 meter berakar banir sehingga setinggi 4 meter dengan batang berukur rentas sepanjang 240 sentimeter. Kulit kayu yang memberi nama kepada pokok ini terdiri daripada lapisan-lapisan berwarna hijau, perang, merah dan kelabu ditutupi lapisan luar berwarna kejinggan. Dedaunnya tumbuh berpasangan setentang; setiap pasangan helainya berbentuk ringkas dengan ukuran 75–150 mm panjang dan 50–75 mm lebar.[4][3]

Putik bunga yang tumbuhan menjambak enam kuntum pada ketiak daun; setiap kuntum tunggal ditutupi suatu pedikel 5 mm panjang bertukar warna hijau atau kuning tua apabila sudah matang dengan stamen kunung atau keputihan. Buah hasil senyawaan bebunga ini berbentuk kapsul separa bulat 3–5 mm panjang persegi dengan kulit kasar seakan kayu; setiap buah ini beruas mengeluarkan 3 hingga 12 biji benih perang yang bersayap.[4][3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pokok ini sering ditanam untuk mendapatkan gentian pulpa dalam pembuatan kertas, terutamanya di Filipina.[5][6]

Pokok ini juga sering ditanam menghiasi pemandangan dalam petempatan di kawasan beriklim panas di Amerika Syarikat termasuk Hawaii, California Selatan, Texas dan Florida.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Templat:WCSP
  2. ^ a b c "Eucalyptus deglupta". SelecTree: A Tree Selection Guide (dalam bahasa Inggeris). California Polytechnic State University. Dicapai pada 2018-04-29.
  3. ^ a b c "Eucalyptus deglupta" (PDF). World of Forestry. Dicapai pada 28 May 2019.
  4. ^ a b "Eucalyptus deglupta". Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 28 May 2019.
  5. ^ "Notes on Eucalyptus" (PDF). National Resources Institute. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 September 2007. Dicapai pada 10 Januari 2007.
  6. ^ Carroll, Jackie. "Eucalyptus". Gardening Know How.
  7. ^ "Rainbow Eucalyptus Tree – Learn About Rainbow Eucalyptus Growing Conditions". Gardening Know How (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]