Pokok telang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Pokok telang
Clitoria ternatea flower by Dr. Raju Kasambe DSCN1517 (8).jpg
Bunga Pokok Telang
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. ternatea
Nama binomial
Clitoria ternatea

Pokok telang atau kacang telang (nama saintifik: Clitoria ternatea) merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae.

Botani[sunting | sunting sumber]

Bentuk penuh bunga telang.[1]
Pod dan bunga mengkal hingga masak

Pokok ini jenis berkayu menjalar. Ia mempunyai daun unipinnat memanjang 5 hingga 9.5 sm dengan anak daun membujur atau oblong 5-7 helai setangkai setiap satu berukuran 1.4-6.5 sm panjang dan 1-4 sm lebar.[2]

Bunga tumbuhan terdiri dari lima kelopak tercantum diperhatikan mempunyai bentuk mirip kelentit atau klitoris (clitoris) manusia memberi nama saintifik Clitoria.[3] Bunga ini sebahagian besar berwarna biru nila kerana terkandungnya antosianin[4] tetapi ada juga bunga yang berwarna putih.[3] Stamen bunga mempunyai paling lebih 10 filamen cepu debunga.[3] Biji yang terhasil dari persenyawaan bunga tumbuhan berupa lenggai runcing 5 hingga 12 sm panjang mengandungi 8-10 biji benih.[2]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam makanan[sunting | sunting sumber]

Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan pewarna makanan menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi kerabu,[4][5] pulut dan mi[5] tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.

Kuntum-kuntum bunga ini boleh diseduh sebagai air teh (yakni "teh bunga telang"); teh ini diketahui di Vietnam, Thailand dan Malaysia sebagai minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis dicampur dengan limau dan pemanis seperti madu atau gula merah.[6] Peminuman teh bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan ketegangan kulit.[7]

Tujuan lain[sunting | sunting sumber]

Bunga telang sering digunakan sebagai barang sembahyang penganut Hindu.

Ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan serta sebagai penggalak mengembalikan semula keadaan persekitaran tanah terbiar.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Depan dan belakang
Clitoria ternatea, Isla Margarita, Venezuela
Teh Clitoria dalam kendi
Manisan Khao tom Thailand bewarna biru dengan bunga Clitoria ternatea
Bunga அடுக்கு சஙுகு, Lebih popular adalah kelopak tunggal. Bunga banyak kelopak ini lebih cantik dan digunakan sebagai pewarna semulajadi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pharmacopia Indica Awl
  2. ^ a b "Clitoria ternate". Floras of Pakistan. Dicapai pada 23 Jun 2021.
  3. ^ a b c Oguis, Georgianna K.; Gilding, Edward K.; Jackson, Mark A.; Craik, David J. (28 May 2019). "Butterfly Pea (Clitoria ternatea), a Cyclotide-Bearing Plant with Applications in Agriculture and Medicine". Frontiers in Plant Science. 10: 645. doi:10.3389/fpls.2019.00645. PMC 6546959. PMID 31191573.
  4. ^ a b Izhana Fitri M Rawi (13 Disember 2016). "Bagaimana Nasi Kerabu Mendapat Warna Biru?". Wonderblog. Petrosains. Dicapai pada 30 Jun 2021.
  5. ^ a b "Khasiat Bunga Telang dan 6 Resipi Homemade Mudah Sedap Boleh Masak Guna Bahan Ini". Rasa. 31 Ogos 2018. Dicapai pada 30 Jun 2021.
  6. ^ Goldberg, Elyssa (31 Januari 2016). "The Science Behind This Mesmerizing Color-Changing Tea". Bon Appétit. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  7. ^ Suhaidah Abd Wahab (14 Oktober 2019). "Amalan Teh Bunga Telang, Wajah Awet Muda Kulit Tegang Tak Berkedut!". Mingguan Wanita. Dicapai pada 23 Jun 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:WestAfricanPlants


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z