Polimer kondensasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
PET, polietilena tereftalat, ialah sebuah polimer kondensasi lazim.

Dalam kimia polimer, satu polimer kondensasi ialah apa-apa jenis polimer yang terhasil melalui pempolimeran yang melibatkan tindak balas kondensasi, di mana suatu molekul kecil seperti air atau metanol terhasil sebagai molekul sampingan. Polimer-polimer ini terbentuk melalui polikondensasi, yakni apabila polimer terhasil melalui kondensasi spesies dalam semua darjat pempolimeran, atau melalui pempolimeran berantai, yakni apabila polimer terbentuk melalui penambahan monomer (juzuk monomer) secara beransur terhadap suatu tapak aktif dalam tindak balas berantai.

Pempolimeran kondensasi ialah sejenis pempolimeran pertumbuhan berlangkah. Polimer linear terbentuk daripada monomer dwifungsi, yakni dengan dua kumpulan reaktif. Polimer-polimer lazim dalam kategori ini termasuk kumpulan poliamida, poliasetal dan protein.[1][2]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Sejenis kelompok polimer kondensasi ialah poliamida.[3] Polimer ini terbentuk melalui tindak balas asid karboksilik dengan amina. Contoh termasuk nilon dan protein. Dalam tindak balas asid karboksilik dan amino (asid amino) tindak balas ini menerbitkan molekul air sampingan:

n H2N-X-CO2H → [HN-X-C(O)]n + (n-1) H2O

Poliester pula terbit daripada tindak balas asid karboksilik dan alkohol.[4] Satu contoh ialah PET, poletilena tereftalat, seperti di bawah:

n HO-X-OH + n HO2C-Y-CO2H → [O-X-O2C-Y-C(O)]n + (2n-1) H2O
n H2N-X-CO2H → [HN-X-C(O)]n + (n-1) H2O

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Introduction to Polymers 1987 R.J. Young Chapman & Hall ISBN 0-412-22170-5
  2. ^ D. Margerison, G. C. East, J. E. Spice (1967). An Introduction to Polymer Chemistry. Pergamon Press. ISBN 978-0-08-011891-8.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ B. Herzog, M. I. Kohan, S. A. Mestemacher, R. U. Pagilagan, K. Redmond (2013). "Polyamides". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Weinheim: Wiley-VCH. doi:10.1002/14356007.a21_179.pub3.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  4. ^ Horst Köpnick, Manfred Schmidt, Wilhelm Brügging, Jörn Rüter, Walter Kaminsky (2002). "Polyesters". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Weinheim: Wiley-VCH. doi:10.1002/14356007.a21_227.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]