Poliol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sorbitol, sejenis poliol yang juga merupakan sejenis alkohol gula.

Poliol ialah sebatian kimia yang memiliki berbilang kumpulan berfungsi hidroksil. Sebatian yang memiliki dua kumpulan hidroksil dipanggil sebagai diol, triol bagi sebatian dengan tiga kumpulan hidroksil dan seterusnya.

Biasanya, istilah "poliol" tidak merujuk kepada sebatian-sebatian yang memiliki kumpulan berfungsi lain. Polimer selulosa sebagai contoh tidak kerap dikatakan sebagai sebuah poliol meskipun memiliki banyak kumpulan hidroksil.

Alkohol gula[sunting | sunting sumber]

Alkohol gula, sejenis poliol biasanya dihasilkan melalui penghidrogenan molekul gula dan memiliki formula (CHOH)nH2, di mana n ialah 4 hingga 6.[1] Contoh-contoh alkohol gula ialah maltitol, sorbitol dan isomalt.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kimia polimer[sunting | sunting sumber]

Etilena glikol, sejenis poliol digunakan dalam pengasilan poliuretana.

Polivinil alkohol memiliki formula kimia (CH2CHOH)nH2, di mana n boleh mencecah sehingga beberapa ribu.

Poliol bertindak balas dengan isosianat untuk menghasilkan poliuretana yang digunakan untuk menghasilkan tilam, gentian dan penebat haba.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hubert Schiweck, Albert Bär, Roland Vogel, Eugen Schwarz, Markwart Kunz, Cécile Dusautois, Alexandre Clement, Caterine Lefranc, Bernd Lüssem, Matthias Moser, Siegfried Peters (2012). "Sugar Alcohols". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Weinheim: Wiley-VCH. doi:10.1002/14356007.a25_413.pub3. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Poliol di Wikimedia Commons