Polis EVO (siri filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Polis EVO
Pengarah
Penulis
  • Joel Soh (1-3)
  • Kyle Goonting (1-3)
  • Anwari Ashraf (1-3)
  • Adib Zaini (1)
  • Salman Aristo (2)
  • Alfie Palermo (2)
  • Chi-Ren Choong (2)
  • Azhar Amirulhisyam (2)
  • Abhilash Chandra (3)
  • Bernice Low (3)
Lakon layar
  • Joel Soh (1)
  • Kyle Goonting (1)
  • Anwari Ashraf (1)
  • Adib Zaini (1)
  • Faqihin Muhd Fazlin (3)
Cerita olehJoel Soh
Dihasilkan olehJoel Soh (1-3)
Dibintangi
Sinematografi
  • Harris Hue Abdullah (1)
  • Tan Teck Zee (2)
  • Jordan Chiam (3)
Disunting oleh
  • Nazim Shah (1-3)
Muzik oleh
  • Luka Kuncevic (1-2)
  • Paul Morrison (2)
  • Ken Hor (3)
  • Lo Shi Seng (3)
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw (1-3)
Tarikh tayangan
  • 1: 17 September 2015
  • 2: 22 November 2018
  • 3: 25 Mei 2023
Masa tayangan
375 minit (13)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 16.04 juta
Pecah panggungRM 95.19 juta

Polis EVO ialah siri filem aksi Malaysia cetusan idea Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim dan Adib Zaini;[1] terbitan Astro Shaw.[2] Siri filem ini terdiri daripada trilogi: Filem pertama diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar diterbitkan pada 2015, manakala filem kedua diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew, dan akhirnya, filem ketiga diarahkan oleh Syafiq Yusof. Shaheizy Sam[3] dan Zizan Razak[3] telah membintangi kesemua tiga-tiga filem tersebut.

Filem pertama merupakan satu kejayaan komersial, menerima ulasan positif dan meraih kutipan sebanyak RM17.8 juta.[4] Kesinambungan filem kedua diterbitkan pada 2018, menjadi kejayaan dari segi kewangan apabila meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM22.45 juta.[5] Filem ketiga pula diterbitkan pada 2023 dengan mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menjadi filem kedua dalam sejarah Malaysia melepasi angka kutipan RM50 juta sekaligus menjadikan siri filem ini nombor 1 dalam angka kutipan siri filem-filem di Malaysia.[6]

Filem[sunting | sunting sumber]

Polis EVO[sunting | sunting sumber]

Inspektor Khai (Shaheizy Sam), pegawai polis berpangkat Inspektor di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif akan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti yang berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan perwatakan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikuti prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail, mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.[7]

Filem ini ditayangkan pada 17 September 2015, sehari selepas Hari Malaysia dan berjaya menjadi kejayaan komersial apabila tersenarai dalam 10 carian terbanyak di Google Malaysia pada September 2015.[8]

Filem ini berjaya membawa pulang 2 daripada 2 anugerah di AME2016 apabila filem ini (Filem MeleTOP) dan Zizan Razak (Bintang Filem MeleTOP, mengalahkan Shaheizy Sam) memenangi anugerah tersendiri manakala di FFM28, filem ini memenangi 3 anugerah iaitu Anugerah Khas Juri, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hushairi Hussain) dan Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah).

Polis EVO 2[sunting | sunting sumber]

Tiga tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari (Hasnul Rahmat) menyerang dan menawan pulau Cherong, Pahang. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.[9]

Filem ini ditayangkan pada 22 November 2018 dan terdapat slot tayangan awal sehari sebelum tayangan rasmi (21 November 2018). Filem ini berjaya membawa pulang satu daripada 2 anugerah di FFM30 menerusi kemenangan Hasnul Rahmat (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan pencalonan Joel Soh dan Andre Chiew (Pengarah Harapan).

Polis EVO 3[sunting | sunting sumber]

Selepas kejadian yang berlaku di pulau, Inspektor Sani dan Inspektor Khai kembali bekerja semula di IPD Kuala Terengganu. Dalam membuat persiapan perkahwinan Sani, Reza (Sharnaaz Ahmad) melakukan serangan bom di Pulau Pinang yang menyebabkan seorang anggota polis (Fezrul Khan) dan puluhan orang awam terbunuh dalam nahas tersebut. Sani dan Khai dipanggil untuk bekerjasama dalam Ops Siong dengan Inspektor Dani (Syafiq Kyle), Inspektor Julie (Farali Khan) dan Inspektor Dell (Douglas Lim) yang mempunyai kepakaran mereka tersendiri. Ops tersebut diketuai oleh ACP Farouk (Fauzi Nawawi). Namun begitu, terdapat kisah silam buruk yang bermain di fikiran Khai semasa beliau mengetahui suspek yang dicari adalah bekas rakan setugasnya sendiri. Beliau sedar bahawa beliau mempunyai tanggungjawab untuk dipikul sebagai seorang anggota polis.[10]

Filem ini sepatutnya ditayangkan pada tahun 2020 tetapi ditunda untuk tayangan 2021. Walau bagaimanapun, tayangan ditunda akibat daripada pandemik COVID-19 dan akhirnya ditayangkan pada 25 Mei 2023. Terdapat juga tayangan awal sehari sebelum tayangan rasmi (24 Mei 2023).

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak Filem
Polis EVO
(2015)
Polis EVO 2
(2018)
Polis EVO 3
(2023)
Khairul / Inspektor Khai Shaheizy Sam
Hassani / Inspektor Sani Zizan Razak
Anis Nora Danish Nora Danish
Yati Eyka Farhana Eyka Farhana
Maya Adli Hashim Mimi Ernida
ASP Mokhtar Harun Salim Bachik
Izrail Hushairy Hussein
Jimbo Pablo Amirul
Jemang Azliyuszaini Mohd Noor
Mat Yam Amerul Affendi
Lans Koperal Sofian Ungku Hariz
Adli Hashim Wan Hanafi Su
Rian Raline Shah
Hafsyam Jauhari / Saif Hasnul Rahmat
Najr Mike Lucock
Riky Kumalo Tanta Ginting
SAC Dato' Azizat Mansor Erra Fazira
Sarjan Mat Dan Shafie Naswip
Sarjan Amin Galah Riz Amin
Qalif Soffi Jikan
Zul Hairul Azreen
Mikael Fir Rahman
Komander Maarof Rusdi Ramli
Khalid Hairie Othman
Agnes Jasper Supayah
Zairi Jay Iswazir
Reza Sharnaaz Ahmad
Inspektor Dani Syafiq Kyle
Inspektor Dell Douglas Lim
ACP Farouq Fauzi Nawawi
Inspektor Julie Farali Khan
Inspektor Faizal Fezrul Khan
Chao Michael Ang
Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

Kru[sunting | sunting sumber]

Kru Filem
Polis EVO Polis EVO 2 Polis EVO 3
Pengarah Ghaz Abu Bakar Joel Soh
Andre Chiew
Syafiq Yusof
Penerbit eksekutif (Astro & Astro Shaw) Najwa Abu Bakar Dato' Khairul Anwar Salleh
Agnes Rozario
Christinne Lim
Henry Tan
Raja Jastina Raja Arshad
Penerbit Joel Soh
Penulis utama Joel Soh
Kyle Goonting
Anwari Ashraf
Penulis bersama Adib Zaini Salman Aristo
Alfie Palermo
Choong Chi-Ren
Azhar Amirulhisyam
Abhilash Chandra
Bernice Low
Lakon layar Joel Soh
Kyle Goonting
Anwari Ashraf
Adib Zaini
Faqihin Mohd Fadzlin
Penerbit penyelaras Nana Azmi
Abhilash Chandra
Nana Azmi
Sinematografi Haris Hue Abdullah Tan Teck Zee Jordan Chiam
Penyunting Nazim Shah
Pengurus produksi Arie Zahari Shari Nana Azmi Adli Bakry Shaary
Muzik Luka Kuncevic Luka Kuncevic
Paul Morrison
Ken Hor
Lo Shi Seng
Syarikat penerbitan & pengedaran Astro Shaw
Tarikh keluaran 17 September 2015 22 November 2018 25 Mei 2023
Tempoh masa 124 minit 138 minit 113 minit

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet Rujukan
Polis EVO 17 September 2015 RM 17.74 juta RM 2.4 juta [11]
Polis EVO 2 22 November 2018 RM 22.45 juta RM 8 juta [12]
Polis EVO 3 25 Mei 2023 RM 54 juta RM 6 juta [13]
Jumlah RM 95.19 juta RM 16.04 juta

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Polis Evo cetusan idea luar biasa 4 pemuda generasi baru". Astro Awani. 23 September 2015. Dicapai pada 3 Disember 2015.
  2. ^ Mohd. Haikal Isa (23 September 2015). "Aksi lasak Polis Evo". Kosmo! Online. Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-01. Dicapai pada 24 July 2016.
  3. ^ a b "Misi Shaheizy Sam & Zizan Gegarkan Polis Evo Sudah Bermula". Astrogempak.com.my. Dicapai pada 2015-09-24.
  4. ^ Chua, Dennis (22 September 2015). "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". New Straits Times. Dicapai pada 24 September 2015.
  5. ^ Mya Amri (11 Disember 2018). Hebat Boh! 17 hari tayangan, Polis Evo 2 raih kutipan melebihi RM20 juta Astro Gempak. Dicapai pada 13 Disember 2018.
  6. ^ Afiezy Azaman (Jun 18 2023). Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta! Astro Awani
  7. ^ Chua, Dennis (22 September 2015). "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". New Straits Times. Dicapai pada 24 September 2015.
  8. ^ Gempak (3 Oktober 2015). "Impak Polis Evo sehingga tersenarai di carian Google Malaysia". Astro Awani. Dicapai pada 29 Ogos 2023.
  9. ^ Shazryn Mohd Faizal (30 November 2018). "'Polis Evo 2' lebih serius, cemerlang sebagai filem sekuel terbaik". mSTAR Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  10. ^ Asyraf Roslan (19 Mei 2023). "Penantian yang berbaloi, 'Polis Evo 3' saji aksi paling gempak!". Astro Awani.
  11. ^ AR, Zurairi (24 Oktober 2015). "Apa istimewanya 'Polis Evo'? Pengkritik dedah ramuan kaut RM16j". The Malay Mail.
  12. ^ "Polis Evo 2 raih lebih RM20 juta selepas 17 hari tayangan". Astro Awani. 11 Disember 2018. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  13. ^ Gempak (20 Julai 2023). "Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!". Astro Awani. Dicapai pada 30 Julai 2023.