Penguatkuasaan undang-undang di Mexico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Polis di Mexico)

Terdapat lebih 3,000 jenis angkatan polis di Mexico, yang berjumlah lebih kurang 350,000 anggota. Pada amnya polis di sini terbahagi kepada dua kategori yang utama:

  • Polis pencegah (yang dikenali sebagai policía preventiva)
  • Polis penyiasat (yang dikenali sebagai policía judicialjudiciales -- atau policía ministerial)

Kedua-dua polis pencegah dan penyiasat boleh didapati di kesemua 31 negeri atau estados termasuk Daerah Persekutuan di Mexico.

Polis Pencegah[sunting | sunting sumber]

Polis ini adalah angkatan polis beruniform dan bersenjata yang bertanggungjawab memastikan keamanan awam dan pengawalan tatatertib, pada hakikatnya untuk mencegah berlakunya sebarang jenayah. Mereka dibenarkan untuk menahan suspek yang telah ditangkap melakukan jenayah, tetapi tidak boleh to menyerahkan waran tahanan kepada suspek.

Polis Penyiasat[sunting | sunting sumber]

Selepas sesuatu jenayah telah dilakukan, polis pencegah mesti menyerahkan tahanan kepada polis penyiasat untuk "menyiasat serta menahan suspek". Mereka yang lebih dikenali sebagai “judiciales”, bekerja di bawah Kementerian Awam (Ministerio Público, or pejabat Pendakwa Raya). Polis penyiasat adalah diberi kuasa undang-undang untuk memberi waran tahanan.

Polis Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Polis Pencegahan Persekutuan (PFP) merupakan satu angkatan polis yang baru dan ditubuhkan pada 1999 untuk mencegah jenayah di peringkat persekutuan.

Mana kala Agensi Penyiasat Persekutuan (Agencia Federal de Investigaciones atau AFI) telah ditubuhkan pada 2002 untuk menggantikan Federal Judicial Police (PJF) yang terkenal dengan korupsinya. AFI jatuh di bawah bidangkuasa Federal Attorney General’s Office dan bertanggungjawab untuk menyiasat semua jenayah persekutuan termasuk pengedaran dadah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.lawg.org/countries/mexico/police_guide.htm Diarkibkan 2006-04-04 di Wayback Machine