Politeknik Metro Kuantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Politeknik METrO Kuantan
ڤوليتيكنيك ميترو كوانتن
Pengarah terkiniEn. Mohd Jalil Bin Che Jusof

Politeknik METrO Kuantan (PMKu) ialah sebuah Politeknik Malaysia yang terletak di Kuantan, Pahang. Politeknik METrO Kuantan memulakan operasinya pada 01 April 2011 di bangunannya yang terletak di tengah-tengah pusat komersil bandar Kuantan. Institusi ini merupakan salah satu pusat pengajian tinggi awam di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan pengajian dalam bidang perkhidmatan, sesuai dengan keperluan serta permintaan pihak industri masakini. Program pengajian yang ditawarkan oleh Politeknik METrO Kuantan adalah Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) di mana pelajar akan menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun.

Senarai Pengarah Politeknik METrO Kuantan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Pengarah yang pernah / sedang berkhidmat di Politeknik METrO Kuantan:

Bil Nama Tempoh
perkhidmatan
Tempat Bertugas
Sebelum Ini
Tempat Bertugas
Sekarang
1 En. Mohd Jalil Bin Che Jusof 1 April 2011 - 1 November 2011 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Politeknik Melaka
2 En. Abd. Razak Bin Sadli 1 November 2011 - 30 November 2012 Kolej Komuniti Ledang Politeknik Hulu Terengganu
3 Dato' Haji Abu Bakar Bin Ahmad 1 Disember 2012 - 15 Julai 2013 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
4 Puan Norlida Binti Abd. Razak 15 Julai 2013 - 31 Disember 2014 Politeknik Muadzam Shah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
5 En. Mohd Jalil Bin Che Jusof 1 Januari 2015 - kini Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Politeknik METrO Kuantan


Visi[sunting | sunting sumber]

Penjana Utama Modal Insan Inovatif melalui pendidikan dan latihan tranformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif kearah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.

Konsep[sunting | sunting sumber]

Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan. Berkonsepkan Boutique. Responsif kepada keperluan industri dan program boleh berubah mengikut keperluan semasa.

Agenda Transformasi Negara[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Politeknik METrO Kuantan adalah seiring dengan Agenda Transformasi Negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO Kuantan akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance Learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. Kebanyakan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.

Ciri-ciri Program Yang Ditawarkan[sunting | sunting sumber]

1. Mempunyai nilai pasaran tinggi.

2. Cenderung kepada bidang pekerjaan yang menggunakan hemisfera otak kanan (Right Brain).

3. Mematuhi kompetensi professional / industri melalui persijilan / pengijazahan.

4. Mendapat akreditasi MQA.

5. Penyampaian program yang fleksibel mengikut kemampuan pelajar.

6. Penekanan kurikulum kepada latihan amali yang bersesuaian.

7. Melibatkan komponen latihan dalam kerja.

Ciri-ciri Pelajar Yang Dihasilkan[sunting | sunting sumber]

1. Berkemahiran dan berkeyakinan tinggi.

2. Berpandangan global.

3. Berkebolehpasaran Tinggi.

4. Berdaya keusahawanan.

5. Versatile

6. Cekap berkomunikasi dalam sekurang-kurangnya dua bahasa termasuk Bahasa Melayu.


konvokesyen Politeknik Metro Kuantan[sunting | sunting sumber]

Konvokesyen pertama Politeknik Metro Kuantan telah diadakan pada 11 Mei 2015 di Hotel Vistana, Kuantan. Konvokesyen ini diadakan untuk meraikan dan menganugerahkan Diploma kepada 29 orang pelajar sulung PMKu. Majlis telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Dato’ Md Sharif Shamsuddin, Pengarah Urusan Asturi Metal Builders (M) Sdn Bhd. Dalam majlis ini, Saudari Nur Adibah Ismail telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Pengarah politeknik Metro Kuantan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]