Politeknik Sultan Azlan Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Politeknik Sultan Azlan Shah
Dirasmikan pada7 Mei 2005
Dirasmikan olehSultan Azlan Shah
Pengarah terkiniTuan Haji Zairon bin Mustapha
Timbalan Pengarah (Akademik)Tuan Haji Mohd Anwar bin Dris
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)En. Nizam Azmal Bin Abdul Malek
LokasiBehrang, Perak
Nama lama politeknikPoliteknik Tanjong Malim
Laman webhttp://www.psas.edu.my

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) adalah merupakan politeknik yang ke-15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Politeknik ini beroperasi di Behrang, Perak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Politeknik Sultan Azlan Shah mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan nama Politeknik Tanjong Malim (PTM). Dengan perbelanjaan sebanyak RM 170 juta PTM ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menghasilkan tenaga separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan awam dan swasta. PTM ditempatkan secara sementara di Sekolah Menengah Teknik Slim River.

PTM berpindah ke kampusnya sendiri di Behrang, Perak setelah memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF) pada 10 haribulan April 2003. Kampus ini dilengkapi kemudahan dan infrastruktur serta prasarana terkini menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif.

PTM dirasmikan pada 7 Mei 2005 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan ditukar nama menjadi Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Visi[sunting | sunting sumber]

PSAS berazam menjadi institusi pendidikan dan latihan separa Profesional terulung di Malaysia.

Misi[sunting | sunting sumber]

PSAS beriltizam untuk memberi pendidikan dan latihan separa Profesional yang berkualiti melalui sistem pengurusan dan pendidikan yang strategik, efektif, responsif dan relevan; prasarana yang lengkap dan persekitaran yang kondusif; bagi memenuhi keperluan modal insan dan tenaga kerja yang berketrampilan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Motto[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]