Politik Bahrain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahrain ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang diketuai oleh raja, Shaikh Hamad bin Isa Al Khalifa; ketua kerajaan ialah Perdana Menteri Sheikh Khalifa bin Sulman Al Khalifa yang mengetuai ahli kabinet seramai 15 orang. Bahrain mengamalkan sistem dwi-perundangan iaitu Dewan Timbalan dan Majlis Syura. kedua-dua dewan mempunyai ahli seramai 40 orang. Pilihan Raya diadakan pada tahun 2002 dengan ahli parlimen berkhidmat selama empat tahun satu penggal.

Hak politik kaum wanita di Bahrain menyaksikan satu perubahan dalam kemajuan apabila wanita diberi hak untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya kebangsaan buat pertama kali pada pilihan raya tahun 2002. Malangnya tiada seorang pun yang dilantik dalam pilihan raya tersebut sebaliknya enam orang calon wanita dilantik menganggotai Majlis Syura. Menteri wanita pertama yang dilantik di Bahrain ialah Dr Nada Haffadh sebagai Menteri Kesihatan. Beliau dilantik pada tahun 2004.

Pada 11-12 November 2005, Bahrain menganjurkan Forum Masa Depan yang dihadiri pemimpin-pemimpin dari Timur Tengah dan negara-negara G8 untuk membincangkan reformasi politik dan ekonomi di rantau terbabit.