Politik Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kerajaan Republik Filipina
Coat of arms of the Philippines.svg
Penubuhan 23 Januari 1899 (Republik Filipina Pertama)
15 November 1935 (Komanwel Filipina)
14 Oktober 1943 (Republik Filipina Kedua)
4 Julai 1946 (Republik Ketiga)
(Republik Keempat)
February 2, 1987 (Republik Kelima)
Bidang kuasa Filipina
Laman web www.gov.ph
Cabang perundangan
Perundangan Kongres
Tempat berhimpun Senat: Wisma GSIS
Dewan Perwakilan: Batasang Pambansa
Cabang eksekutif
Pemimpin Presiden Filipina
Pelantik Undian popular terus-menerus
Ibu pejabat Istana Malacañang
Organ utama Jabatan eksekutif
Jabatan 20
Cabang kehakiman
Mahkamah Mahkamah Agung
Pusat kehakiman Padre Faura, Manila

Filipina mempunyai kerajaan demokrasi yang berbentuk republik berperlembagaan dengan sistem presiden.[1] Ia ditadbir sebagai negara kesatuan kecuali Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) yang amat bebas dari ikatan kerajaan pusat. Adanya cubaan untuk menukarkan bentuk kerajaan kepada persekutuan, ekadewan, atau kerajaan berparlimen sejak pemerintahan Ramos.[2][3]

Presiden memegang peranan ketua negara dan ketua kerajaan sekaligus, lagipun merupakan panglima agung Angkatan Tentera Filipina. Presiden dipilih secara pilihan raya untuk satu penggal enam tahun. Dalam sepenggal itu beliau melantik dan mengetuai sebuah jemaah menteri.[4] Kongres Filipina yang dwidewan terdiri daripada Senat (Senate) sebagai dewan atas yang mana ahli-ahlinya dipilih untuk penggal enam tahun, dan Dewan Perwakilan (House of Representatives) sebagai dewan bawah yang mana ahli-ahlinya dipilih untuk penggal tiga tahun.[4]

Ahli-ahli Senat atau Senator dipilih oleh serata negara sementara ahli-ahli Dewan Perwakilan terpilih oleh daerah perwakilan masing-masing.[4] Kuasa kehakiman terletak di Mahkamah Agung (Supreme Court) yang terdiri daripada Hakim Besar (Chief Justice) selaku pengerusi dan 14 orang hakim bersekutu (associate justices), semuanya dilantik oleh Presiden daripada pencalonan yang diserahkan oleh Majlis Peguam dan Kehakiman (Judicial and Bar Council).[4]

Pilihan raya ditadbir oleh badan bebas Commission on Elections tiga tahun sekali bermula 1992. Diadakan pada Isnin kedua bulan Mei, pemenang-pemenang pilihan raya mengambil jawatan pada 30 Jun.

Kerajaan tempatan dihasilkan oleh unit-unit kerajaan tempatan dari peringkat wilayah, bandar, perbandaran dan barangay. Biarpun kebanyakan bahagian tiada kuasa pemerintahan dan wujud semata-mata atas tujuan memudahkan pentadbiran, namun bahagian autonomi memiliki lebih banyak kuasa daripada unit-unit kerajaan tempatan. Sungguhpun unit-unit kerajaan tempatan menikmati autonomi, kebanyakan peruntukan bajetnya datang dari kerajaan pusat maka autonomi itu sebenarnya diragui. Economist Intelligence Unit menilai Filipina sebagai "flawed democracy" (demokrasi pincang) pada 2016.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Country description". US State Department Website. US State Department Website. January 2012. Diarkibkan daripada asal pada January 3, 2012. Dicapai January 24, 2012. The Philippines is an emerging economy with a democratic system of government. 
  2. ^ Robles, Alan C. (July–August 2008). "Civil service reform: Whose service?". D+C. Internationale Weiterbildung und Entwicklung [InWEnt]. 49: 285–289. Diarkibkan daripada asal pada December 2, 2008. Dicapai November 30, 2008. 
  3. ^ Bigornia, Amante (September 17, 1997). "The 'consultations' on Charter change". The Manila Standard. Dicapai December 13, 2009. 
  4. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan About tidak disediakan
  5. ^ solutions, EIU digital. "Democracy Index 2016 - The Economist Intelligence Unit". www.eiu.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-30.