Politik Johor 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Senario Politik Johor 2008 merupakan gambaran tolak dan tarik politik di negeri Johor, sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia. Kemajuan di pulau Singapura akan dibandingkan dengan kemajuan di Johor Bharu .

Seluruh kawasan parlimen dan DUN di Johor merupakan kawasan selamat bagi Barisan Nasional . Sejak 1990 , politik di Johor cukup stabil dan menang semua kawasan kecuali di Senggarang yang terlepas kepada PAS akibat kesilapan teknikal ketika pendaftaran calon.

Calon-calon yang dikemukakan oleh Barisan Nasional cukup dinamik, kerana boleh merubah-ubah tempat dan memperolehi majoriti undi yang cukup besar. Misalnya Menteri Luar Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menang di parlimen Kota Tinggi.

Campur tangan Sultan Johor[sunting | sunting sumber]

Sejak dahulu lagi, politik Johor tidak terlepas dari campur tangan Sultan Johor. Ini termasuklah Menteri Besar Johor terdahulu Datuk Othman Saat.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa bekejar ke Istana Bukit Serene mengadap Sultan Iskandar yang sedang gering. Sultan Johor mengenalpasti Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon terbaik sebagai calon Menteri Besar Johor. Hal ini telah dibangitkan sejak Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 lagi . Datuk Abdul Ghani Othman telah bertanding di DUN Serom.

Calon pilihan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak dapat dibawa ke DUN . Beliau 'terpaksa' di parlimen Pasir Gudang. Prestasi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu setakat ini cukup baik dan sesuai menjadi Menteri Besar Johor. Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Nordin mengalahkan calon Keadilan A. Razak Ahmad dengan majoriti 31,121 undi.


Calon Menteri Besar Johor yang layak ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang juga ahli parlimen kawasan Mersing dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohamed Ali Hassan. Calon lain ialah ahli Exco kerajaan negeri yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Seri Medan Ahmad Zahri Jamil, wakil rakyat Panti Datuk Baderi Dasuki,ahli parlimen Johor Bharu Datuk Shahrir Samad dan ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed. Shahril Samad dikira tidak sesuai kerana terlalu nasionalistik dan kritikal terhadap pelaburan Singapura ke Wilayah Pembangunan Iskandar.[1]

Tokoh-tokoh penting[sunting | sunting sumber]

Johor banyak melahirkan pemimpin peringkat pusat. Presiden pertama UMNO dan pengasasnya, Datuk Onn Jaafar akhirnya keluar UMNO tahun 1962 dan menubuhkan Parti Negara dan kekal sebagai pemimpin pembangkang. Padahal beliau banyak memberi sumbangan semasa pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

Tidak ketinggalan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia.

Tokoh Johor yang lain ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Musa Hitam. Kedua-dua tokoh ini pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia tetapi tidak sampai ke jawatan akhir Perdana Menteri Malaysia.

Banyak Menteri Kabinet, Timbalan Menteri sama ada dari UMNO, MCA atau MIC bertanding di Johor. Antara mereka termasuklah Tan Sri Syed Hamid Albar, Dato' Sri Azalina Othman Said, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Dato' Seri Ong Ka Ting dan lain-lain.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang juga merupakan Menteri Kesihatan turut bertanding di Labis pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Malangnya menteri yang cekap dan dedikasi ini terlibat dalam skandal seks di sebuah hotel dan aktivitinya telah dirakam sebagai bahan bukti. Pada mulanya ramai pemimpin termasuk dari UMNO Labis mahu mepertahankan beliau.Pengerusi MCA Labis ialah Tan Kok Hong yang ADUN Bekok dan ADUN Tenang iaitu Datuk Sulaiman Taha yang juga Pengerusi BN Labis.[2]

Krisis Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Satu ketika, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tidak senang dengan Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang dilihat cuba sabotaj dalam pemilihan UMNO. Biasanya Menteri Besar menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan boleh mempengaruhi aliran minda perwakilan. [3]

Politik pembangunan[sunting | sunting sumber]

Wilayah Pembangunan Iskandar yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada November 2006 berjaya menarik pelaburan RM22 bilion . Ini tidak termasuk peruntukan oleh kerajaan sebanyak RM6.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Kawasan Node 1, sebuah zon antarabangsa di WPI juga akan mengalami perubahan besar-besaran tidak lama lagi apabila projek pelaburan RM4.1 bilion oleh empat syarikat Timur Tengah telah bermula

Walaupun ramai yang sinikal dengan Wilayah Pembangunan Iskandar, tetapi jika dirancang secara jitu akan memberi banyak faedah kepada penduduk tempatan.[4]

Peluang pembangkang[sunting | sunting sumber]

Peluang pembangkang untuk menang kerusi parlimen dan DUN di Johor amat tipis sekali.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Pengerusi DAP Negeri Dr Boo Cheng Hua ditewaskan oleh Pengerusi Gerakan Johor Teo Kok Chee di DUN Skudai dengan majoriti 2,193 undi. Pengundi kaum Cina berjumlah 65 % dan pengundi Melayu hanya 21 %. [5]

Pusat Penamaan Calon[sunting | sunting sumber]

Terdapat 9 kerusi parlimen dan 26 kerusi DUN untuk ditandingi di Johor.

Pusat penamaan calon terletak di :

  1. Pejabat Majlis Daerah Segamat (Segamat)
  2. Bilik Gerakan Pejabat Daerah Segamat (Sekijang)
  3. Pejabat Daerah Labis (Labis), Kompleks Sukan Pagoh (Pagoh)
  4. Dewan Jubli Intan Tangkak (Ledang)
  5. Dewan Jubli Intan Muar (Bakri)
  6. Bilik Gerakan Pejabat Daerah Muar (Muar)
  7. Dewan Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat (Parit Sulong)
  8. Dewan Sekolah Menengah Datuk Seth Yong Peng (Ayer Hitam)
  9. Dewan Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (Sri Gading)
  10. Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat (Batu Pahat)
  11. Dewan Raya Simpang Renggam (Simpang Renggam)
  12. Dewan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail (Kluang)
  13. Dewan Orang Ramai Bandar T6, Taman Sri Lambak (Sembrong).
  14. Bilik Gerakan Pejabat Daerah Mersing (Mersing)
  15. Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya (Tenggara)
  16. Dewan Jubli Intan (Kota Tinggi)
  17. Dewan Bandaran Bandar Penawar (Pengerang)
  18. Dewan Serbaguna Taman Pelangi Indah (Tebrau)
  19. Dewan Serbaguna Johor Jaya (Pasir Gudang)
  20. Bilik Gerakan Pejabat Daerah Johor Baharu (Johor Baharu)
  21. Dewan Jubli Intan Johor Baharu (Pulai
  22. Dewan Serbaguna Skudai ( Gelang Patah)
  23. Pejabat Daerah Kulaijaya (Kulai)
  24. Bilik Gerakan Pejabat Daerah Pontian (Pontian)
  25. Dewan Tunku Ibrahim Ismail Pekan Nenas (Tanjong Piai).

Terdapat 878 pusat mengundi termasuk sekolah, balai raya, dewan serbaguna, tadika, pejabat kerajaan dan stadium dibuka di Johor pada 8 Mac bagi kegunaan 1.31 juta pemilih di Johor. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Agendaily online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-04. Dicapai pada 2008-02-19.
  2. ^ Sayalah orangnya’ -- Pengakuan Menteri Kesihatan mengenai isu DVD seks libatkan ahli politik
  3. ^ Saya sengaja tidak difahami
  4. ^ Penduduk Gelang Patah Raih Rezeki Berganda Kerana Kewujudan WPI
  5. ^ Pertembungan 'Buku Dengan Ruas' Pengerusi Gerakan Dan DAP Johor Di DUN Skudai Dijangka Berulang
  6. ^ 26 Pusat Penamaan Calon Di Johor