Politik Melaka 2008-2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Politik Melaka 2008-2009 merujuk kepada senario politik di negeri Melaka yang ditadbir oleh Ketua Menteri Melaka,Datuk Mohd Ali Rustam. Melaka masih kekal ditangan Barisan Nasional - UMNO walaupun 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat .

Ketua pembangkang diperintah keluar dewan[sunting | sunting sumber]

Pada 22 April 2009, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Melaka, Goh Leong San (DAP-Kesidang)diperintah keluar dewan setelah beliau mengingkari arahan Speaker Datuk Othman Muhamad.Perintah itu mengikut Fasal 36 Peraturan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka. Ketika itu Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam hendak mengemukakan usul ucapan penghargaan dan terima kasih kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tolak usul undi tidak percaya[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April 2009. Goh Leong San (DAP-Kesidang) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam. Ini kerana Mohd Ali didapati bersalah melakukan rasuah oleh Lembaga Disiplin UMNO pada Mac 2009. Tengku Ahmad Rithaudeen mengumumkan laporan itu dan akhirnya Ali Rustam tidak layak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.[1]

Gangguan seksual[sunting | sunting sumber]

Pada 22 April 2009, dilaporkan Mohd Ali Rustam bertanya kepada Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng tentang kebenaran Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin. Kemusykilan timbul kerana Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat kelihatan menyebelahi Elizabeth . [2]

Gadai tanah di Pulau Melaka[sunting | sunting sumber]

Pada 23 April 2009, Ali Rustam menafikan tuduhan kononnya kerajaan Melaka menjual tanah bernilai tinggi di Pulau Melaka kepada pelabur Arab. Sebenarnya hanya dipajak selama 99 tahun sebagaimana dasar tanah di negeri-negeri lain. Pada 25 Februari 2009, perjanjian ditandatangani dengan Syarikat Golden Corporate Heritage Sdn Bhd untuk pembangunan tanah kerajaan di atas Lot 100, Pulau Melaka bagi pembinaan Kota Arab. Sebanyak RM5.778 juta bagi tanah seluas lima hektar dalam tempoh enam tahun telah dibayar oleh pemaju dan menyerahkan 10 peratus saham syarikat kepada kerajaan negeri Melaka.

Rancangan Struktur Negeri Melaka[sunting | sunting sumber]

Dalam Rancangan Struktur Negeri Melaka (2000-2020), 25 buah pusat penempatan kecil dibangun semula dengan imej baru . Antaranya ialah pekan kecil dan pekan lama di Tangga Batu, Klebang Besar, Tanjung Minyak, Kandang, Kuala Sungai Baru, Rembia, Pengkalan Balak, Simpang Gading, Machap, Melaka Pindah, Lendu, Ramuan China Besar, Gadek, Kuala Sungga, Lubok China, Brisu, Sungai Rambai, Umbai-Telok Mas, Selandar, Chin Chin, Kesang Pajak, Nyalas, Simpang Bekoh, Pekan Asahan dan Batang Melaka. Pembangunan pekan-pekan kecil ini selaras dengan sasaran Melaka Maju 2010.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]