Politik Parti Islam Se-Malaysia 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Politik PAS 2008 menggambarkan senario politik parti pembangkang itu di Malaysia dan PAS menjadi kerajaan di Kelantan semenjak 18 tahun lalu iaitu sejak 1990. Ini bermakna PAS boleh memerintah jika pengundi memberi kepercayaan.

Setakat ini tidak berlaku kemunduran di Kelantan berbanding negeri Perlis, Kedah dan Perak. Penduduk Perlis, Perak, Kedah dan lain-lain turut berhijrah ke Lembah Kelang dan bukan fenomena penduduk Kelantan semata-mata .

Arah haluan parti PAS semakin bertukar arah semenjak ketiadaan Datuk Asri Muda yang pernah menjadi Presiden PAS. Selepas Peristiwa 13 Mei dan diajak oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak, pembangkang seperti PAS dan Gerakan menyertai parti baru - Barisan Nasional. PAS menyertai Barisan Nasional dari 1970 hingga 1978 dan pemimpin PAS seperti Mohd Asri Muda dan Mustafa Ali menjadi menteri dan timbalan menteri di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Oleh itu, pengaruh PAS menjalar di kawasan-kawasan Felda di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Apabila PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional pada 1978, PAS menjadi agresif dan mengambil pendekatan Revolusi Iran 1979 yang mengenengahkan kepimpinan ulama sebagaimana Ayatollah Ruhullah Khomeini. Tok guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang merupakan lulusan universiti Deoband India dilihat mewarisi ketokohan Maududi dan Khomeini. Pemimpin muda mereka turut menemui Khomeini bagi mendapatkan ilham dan 'restu'. Ibrahim Ali dari UMNO pun pernah menemui tokoh ulama Syiah Iran itu.

Trend baru dibawa oleh ustaz pemimpin muda, Abdul Hadi Awang yang baru pulang dari Universiti Madinah. Poster tentang 'Amanat Haji Hadi' tentang 'politik suku agama suku' dan tidak boleh bekerjasama dengan orang kafir tersebar di mana-mana. Tahun 1981-1982 isu takfir atau kafir-mengkafir berlaku dan tersiar di RTM1 bahawa sembahyang dua imam memang berlaku di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Sesungguhnya buku Said Hawa berhubung perkara-perkara yang membatalkan syahadah tersebar di mana-mana.

Tahun 1982 Lim Kit Siang , Anwar Ibrahim dan lain-lain tahanan ISA di Kamunting dibebaskan oleh Dr Mahathir Mohamad yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. PAS mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi Presiden PAS tetapi segera disekat oleh Dr Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim yang pernah bersekutu dengan Dr Mahathir Mohamad semasa menentang Tunku Abdul Rahman pada 1969 kembali ke pangkuan UMNO dengan agenda membersihkan UMNO dari dalam.Bapa Anwar sendiri , Datuk Ibrahim merupakan pemimpin UMNO. Begitu juga dengan ibu Anwar Ibrahin, Wan Yan merupakan penceramah wanita UMNO.

Sebenarnya pemimpin PAS lulusan Universiti Al Azhar lebih toleran berbanding dengan lulusan Universiti Madinah. Ini kerana di Arab Saudi, pengaruh Wahabi yang keras itu mempengaruhi penuntut di sana dan penuntutnya berjuang di Afghanistan menentang tentera Rusia. Buku karya Hassan al Banna dan Sayid Qutb dari Ikhwanul Muslimain, Mesir menjadi rujukan.

Ustaz Nakhaei Ahmad yang pernah menjadi pemimpin PAS dan memimpin akhbar Harakah keluar dari PAS kerana tidak senang dengan arah aliran PAS yang agresif . UMNO yang tidak mahu ketinggalan dengan ustaz-ustaz telah menjemput pensyarah universiti seperti Yusuf Noor , Abdul Hamid Othman , Abdul Hamid Zainal Abidin dan Zainal Abidin Abdul Kadir. Ulama UMNO ini diperlekehkan kononnya mendapat pendidikan di London dan Amerika Syarikat.

Kerusi parlimen dan DUN 2008[sunting | sunting sumber]

Tahun 2004 di Pulau Pinang, PAS bertanding 7 kerusi DUN iaitu Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Bayan Lepas manakala Parlimen pula adalah Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Tahun 2008 pula, calon PAS terdiri daripada golongan profesional dan ulama dan di bawah 55 tahun. Tumpuan utama PAS ialah di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. PAS akan cuba merebut kembali kerusi yang pernah dimenangi di Pahang, Selangor dan Perak. Misi PAS juga ialah mempertahankan Kelantan,merampas Terengganu dan menawan Kedah.

Manifesto[sunting | sunting sumber]

  • Pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat sekolah rendah hingga universiti menjadi tumpuan PAS.[1]
  • Penggunaan semula bahasa ibunda dalam pengajaran Sains dan Matematik

Pengguguran Negara Islam[sunting | sunting sumber]

Dalam usaha PAS menarik simpati dan undi masyarakat bukan Islam, Parti itu mengambil keputusan untuk menggugurkan tuntutan Negara Islam dalam manifesto pilihanraya. Selain dari itu penekanan mengenai Negara Islam sama ada dalam bentuk tulisan dan ucapan para pemimpin Parti juga tidak begitu ketara berbanding pada tahun-tahun sebelum ini. PAS sebelum ini pernah melancarkan Dokumen Negara Islam[2] pada 12 November 2003 yang digunakan sebagai teras kepada manifesto Parti itu untuk PRU ke-11 pada tahun 2004, menyebabkan perdebatan hangat masyarakat Malaysia dan kekalahan teruk PAS pada tahun itu. Proses Islamisasi lebih-lebih lagi perbincangan mengenai Negara Islam menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat bukan Islam yang dikaitkan dengan Islamofobia.[3] Tanpa PAS sekali pun, wujud tuntutan-tuntutan lebih proses Islamisasi oleh NGO Islam lain seperti ABIM, Jamaah Islah Malaysia(JIM) dan PEMBELA.[4]

Pakatan pembangkang[sunting | sunting sumber]

Sejak dahulu PAS tidak boleh bermanifesto bersama DAP kerana DAP menentang Hukum Hudud dan pembentukan Negara Islam. PAS gagal menjelaskan kebaikan Negara Islam kepada rakan pembangkangnya iaitu DAP. Malahan Karpal Singh pernah mengeluarkan kata-kata ' langkah mayat saya dahulu...' yang menggambarkan idealisme Islam ini tidak difahami dan ditakuti.

Pakatan 'Barisan Nasional' lebih berjaya daripada 'Barisan Alternatif'. Apabila Kelantan dimenangi oleh PAS pada 1990 , jawatan penting tidak diberi secukupnya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan pemimpin Semangat 46 . Akhirnya Semangat 46 dibubarkan dan pemimpinnya kembali kepada UMNO. Sepatutnya Tengku Razaleigh yang mempunyai kelayakan mentadbir ekonomi negara boleh digerakkan untuk ekonomi Kelantan pula. Pada peringkat awal, PAS menyatakan pakar-pakar ekonomi (pensyarah universiti ? )akan membantu membangunkan Kelantan. Tetapi program ini tidak berlaku.[5]

Dapatkah PAS mengekalkan majoriti 1 kerusi di DUN Kelantan. Jika Barisan Nasional hendak bermain kotor, mereka boleh sahaja sabotaj atau 'membeli' sahaja 1 kerusi itu. Tetapi PAS masih berada di dalam agama Islam yang melarang keras membeli undi.

Kesyumulan Islam dan kepimpinan ulama yang diwarwarkan oleh PAS tidak cukup meyakinkan pengundi bukan Melayu. Sepatutnya Islam disokong oleh pengundi Islam dan pengundi bukan Islam . Kawasan bijak pandai Melayu-Islam seperti Bangi ( UKM) dan Gombak (UIA) , nampaknya PAS terlepas pandang . Dr Shafie Abu Bakar tewas kepada Dr Amran Kasimin di Bangi. Shahnon Ahmad tidak lagi bertanding di Gombak dan dimenangi kembali oleh UMNO. Ustaz Ismail Kamus belum cukup kuat di Gombak Setia.

Dr Haron Din yang diharap menggantikan Nik Aziz tewas kepada Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail- tokoh istana. Di Perlis , PAS bergantung harap kepada DUN Sanglang - Ustaz Hashim Jasin.

Presiden PAS , Abdul Hadi Awang yang mulanya ingin menentang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai cubaan bunuh diri. Akhirnya Timbalan Presiden PAS , Nasiruddin Mohd Isa membetulkan kenyataan Abdul Hadi Awang iaitu tetap bertanding di Marang,Terengganu juga. Melihat kemajuan pembangunan di Terengganu yang dibawa oleh UMNO, peluang PAS semakin tipis.

Tokoh profesional Dr Hassan Ali yang pernah menang di Sungai Burung, Selangor dan Parit Buntar, Perak kini masih berdepan dengan masalah. Tahun 1999, calon PAS, Mat Basir Rahmat menewaskan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob dengan majoriti 1293 undi. Dato’ Mohd Zaim Abu Hassan (BN) pula tewas tipis 119 undi kepada Haji Faizol Fadzli Mohamed (Pas) dan di DUN [[Bota], calon BN yang diwakili cikgu Ismail Hasbollah kalah 631 undi kepada Kapten (B) Usaili Alias (Keadilan).

Rujukan[sunting | sunting sumber]