Politik Pulau Pinang 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Senario politik di Pulau Pinang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 menjadi fokus utama rakyat Malaysia kerana di sinilah Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding di Kepala Batas sejak mula beliau terlibat dalam politik. UMNO terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sejak 1969 lagi dan mungkin selama-lamanya. Walaupun bilangan kerusi UMNO melebihi Gerakan dan MCA tetapi UMNO terpaksa makan hati.

ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad dan ADUN Teluk Bahang, Siti Faridah Arshad baru berkhidmat selama satu penggal iaitu sejak 2004. Sementara Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya menjadi Ahli Parlimen Balik Pulau , di bahagian pulau. Menteri Kewangan Kedua Datuk Nur Mohamad Yaakub mungkin bertanding di Pulau Pinang kerana prestasi cemerlang memacu ekonomi negara dan memastikan Koridor Utara berjaya dilaksanakan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan penasihat PKR merupakan anak watan Permatang Pauh dan hanya layak bertanding selepas April 2008. Pengaruhnya belum teruji dan masih tersembunyi. Beliau merupakan rakan lama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau telah melakukan siri jelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan sokongan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia dan pemangku Presiden Gerakan. Tahun 1990 Koh Tsu Koon dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Dr. Lim Chong Eu tewas kepada Lim Kit Siang di DUN Padang Kota. Ketua Menteri Pulau Pinang semacam telah menjadi hak milik sah parti Gerakan sejak Dr. Lim Chong Eu lagi. Kini Dr Lim Chong Eu menjadi salah seorang Naib Cancelor USM. Dr. Koh Tsu Koon pernah kalah kepada Lim Kit Siang di parlimen Tanjung pada 1986. Cubaan Lim Kit Siang menewaskan Ketua Menteri Koh Tsu Koon di DUN Kampung Kolam pada 1995 dtolak oleh pengundi kerana prestasi Koh Tsu Koon sebagai Ketua Menteri begitu baik.

Setiausaha Agung DAP , Lim kit Siang pernah bertanding di parlimen Tanjung - pernah menang dan pernah tewas. Projek Tanjung yang diwarwarkan oleh Lim Kit Siang sejak 1986 lagi berjaya dibentes oleh parti Gerakan dan MCA . Begitu juga dengan Projek Tanjung II pada tahun 1990 di mana Karpal Singh semakin kukuh di parlimen Jelutong. Tetapi Projek Tanjung III tahun 1995 mengalami kejutan apabila Lit Kit Siang tewas di Tanjung Bunga. Kiranya UMNO menuntut hak Ketua Menteri Pulau Pinang, mungkin DAP akan menjadi teraju.

Anehnya sejak 1995, DAP hanya menang 1 kerusi DUN . Tahun 1999 Lim Kit Siang tewas kepada Chia Kwang Chai (Setiausaha Agung Gerakan) di parlimen Bukit Bendera kerana bersekongkol dengan PAS dan Keadilan. Karpal Singh turut tewas di parlimen Jelutong kepada Lee Kah Choon ( Gerakan). Lim Kit Siang dan Karpal Singh turut tewas di peringkst DUN. Masyarakat Cina amat tidak senang dengan pakatan DAP , Keadilan dan PAS.

Tahun 004 , Lim Kit Siang menukar strategi dengan bertanding di parlimen Ipoh timur dan menang . Karpal Singh pula bertanding di parlimen Bukit Bendera dan menang.

Pengerusi DAP Karpal Singh kini semakin uzur dan berkerusi roda untuk bertanding dan berkhidmat untuk masyarakat. Anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng yang kini menjadi Setiausaha Agung DAP memberi tumpuan di Pulau Pinang, selain Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]