Politik Pulau Pinang 2008-2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Politik Pulau Pinang 2008-2010 adalah isu politik di Pulau Pinang, Malaysia yang meliputi perkembangan semasa dari 2008-2009 yang tersiar dalam media massa dan internet. Isu ini menjadi fokus khas berikutan kerajaan campuran DAP-PKR Pulau Pinang dibentuk setelah DAP dan PKR serta PAS berjaya menewaskan parti Barisan Nasional itu dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. DAP menang 19 kerusi DUN , PKR (9) dan PAS (1) di Permatang Pasir.

Pembentukan kerajaan negeri[sunting | sunting sumber]

Selepas Pilihan raya umum 2008 di Pulau Pinang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh parti DAP pimpinan YBLim Guan Eng. Beliau telah mengangkat sumpah perlantikan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang di Istana Mutiara, Pulau Pinang. Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung DAP dan ADUN Air Putih. Beliau memegang portfolio pembangunan industri dan perdagangan antarabangsa, hal ehwal tanah dan pembangunan tanah dalam kabinet negeri.

Lim Guan Eng telah melantik dua timbalan ketua menteri. Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I. Sementara Profesor Dr P.Ramasamy yang menumbangkan Koh Tsu Koon di Batu Kawan dilantik sebagai Timbalan Menteri II. Mohammad Fairus Khairuddin bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat. Dr P. Ramasamy bertanggungjawab mengenai perancangan ekonomi negeri, pendidikan dan sumber manusia, sains, teknologi, dan innovasi.

Semasa Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri , DAP tidak mengiktiraf Timbalan Ketua Menteri.[1]

Pada 13 Mac 2008, Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin dan ADUN Perai, Dr P.Ramasamy mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Saksi ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Jamaluddin Hassan.

Parti Kawasan Nama Exco Portfolio
DAP Padang Kota Chow Kon Yeow Exco Kerajaan tempatan dan pengurusan lalulintas.
DAP Bagan Jermal Lim Hock Seng Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air dan Telekom) serta Pengangkutan (Udara, Laut dan Keretapi). Beliau ialah Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang.
DAP Bukit Tambun Law Heng Kiang Exco Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan. Beliau ialah Setiausaha DAP Pulau Pinang.
DAP - Phee Boon Poh Exco Kesihatan, Kebajikan, dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar. Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Kecil DAP Negeri Pulau Pinang.
DAP Air Itam Wong Hon Wai Exco Perumahan, Perancangan Bandar, dan Desa manakala satu-satunya anggota Exco wanita. Beliau ialah Setiuasaha Publisiti DAP Pulau Pinang.
DAP Berapit Ong Kok Foi Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Komuniti. Beliau merupakan exco tunggal wanita.
PKR Batu Maung Abdul Malik Kassim Exco bagi Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau ialah setiausaha perhubungan negeri PKR.
PKR Bukit Tambun Law Choo Kiang Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembanguan Luar Bandar, dan Tebatan Banjir. Beliau ialah ketua penerangan PKR Pulau Pinang.

Dasar baru kerajaan negeri[sunting | sunting sumber]

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan kerajaan negeri pimpnan DAP tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional sejak 1971 selepas Peristiwa 13 Mei. DAP menyelar DEB kerana menjadi punca "kronisme, rasuah dan ketidakcekapan" selama ini di Malaysia.

Dasar Ekonomi Baru[sunting | sunting sumber]

DEB dilancarkan bagi membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Para pemimpin negara mengharapkan DEB dapat menyusun semula masyarakat dan faedahnya dinikmati bersama semua kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera. Tetapi pelaksanaan selama 30 tahun dari 1970-1990 dilihat kurang berjaya dan dikatakan menyumbang kepada gejala "kronisme, rasuah dan ketidakcekapan" . Ramai pakar ekonomi dan pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO sendiri mengkritik DEB.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengkritik dasar kerajaan baru Pulau Pinang ini. Tanpa DEB , Bumiputera tidak akan mampu membeli aset yang bernilai tinggi dan lebih menindas kaum Bumiputera. Dasar DEB ini akan menjadikan kaum Bumiputera seperti pribumi di Australia dan New Zealand di mana pribumi dibiarkan dan dipinggirkan. Dasar ini boleh mencetuskan ketegangan dan menimbulkan situasi bahaya kepada Malaysia dan masyarakat berbilang kaum.[2]

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyoal kembali kepada DAP kaum mana yang menjadi lebih miskin kerana DEB. Orang Melayu merupakan kaum minoriti di Pulau Pinang seperti juga India.[3] Penghapusan 30 % kuota Bumiputera dalam pelbagai bidang bermakna orang Melayu terpaksa bersaing dengan kaum lain dalam semua aspek. Jangan PKR disifatkan sebagai 'Menang sorak kampung tergadai'.

Tarik balik saman[sunting | sunting sumber]

Lim Guan Eng memberi hadiah kepada pengundi Pulau Pinang dengan memansuh saman terhadap penjaja dan kesalahan meletak kenderaan yang dikeluarkan sebelum 11 Mac 2008.

Sistem pengangkutan di Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Lim Guan Eng akan mengkaji semula projek Penang Global City Centre (PGCC) dan Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) kerana membawa implikasi serius terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosial rakyat. Jambatan Pulau Pinang Kedua dan projek monorel Pulau Pinang termasuk dalam Rancangan Malaysia Kesembilan mungkin terbatal begitu sahaja. Sebenarnya projek ini telah dikaji dengan mendalam oleh Jabatan Perancangan Bandar tetapi dibantah segelintir penduduk kerana mengambil tanah milik mereka.[4]

Sistem pengangkutan awam seperti RapidPenang hendaklah lebih berkesan, mengurangkan kemasukan kenderaan ke bandaraya dan menyediakan laluan motosikal dan pejalan kaki. [5]

Hubungan erat dengan Kerajaan Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan negeri akan membuat hubungan erat dengan Kerajaan Persekutuan dalam pelbagai perkara terutama sekali pembangunan ekonomi dan Koridor Utara. Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Lim Gait Tong yakin ekonomi Pulau Pinang dan pelabur asing yakin melabur jika hubungan dengan Abdullah Ahmad Badawi terjalin erat.[6]. Abdullah Ahmad Badawi berasal dari Kepala Batas sementara Anwar Ibrahim berasal dari Permatang Pauh. Tan Sri Nor Muhammad Yaacop yang juga Menteri Kewangan Kedua juga berasal dari Pulau Pinang.

Pilihan raya kecil di Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil Permatang Pauh[sunting | sunting sumber]

Ternyata Pulau Pinang merupakan lubuk Pakatan Rakyat setelah Anwar Ibrahim menang besar dalam pilihan raya di Permatang Pauh. Tindakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh memberi impak dramatik kepada politik Malaysia. Walau bagaimanapun war-war penubuhan kerajaan 16 September tidak berjaya dibentuk.

Pilihan Raya kecil DUN Penanti[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil DUN Penanti terpaksa diadakan berikutan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada 16 April 2009. Mohammad Fairus meletak jawatan Timbalan Ketua Menteri I mulai 8 April 2009. Terdapat unsur salah menyalah di antara pemimpin PKR.Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP kurang gembira kerana Anwar Ibrahim tidak memaklumkan kepadanya mengenai peletakan jawatan Mohammad Fairus.[7] Alasan perletakan jawatan ialah hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.

Pada 26 Mac 2009 , Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul menyatakan Mohammad Fairus dibebaskan setelah beliau dikesan oleh SPRM di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Johor Bharu di Bangunan Sultan Iskandar setelah diambil keterangan. Ketika itu Fairus hendak pergi ke Singapura.[8] Pejabat Fairus di tingkat 52, Komtar digeledah untuk mencari dokumen berkaitan.[9]

Pada 22 April 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan tuduhan rasuah / penyelewengan syarikat kuari di Seberang Perai ke atas Fairus tiada asas kukuh. Pada 27 Februari 2009, Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat membangkitkan projek kuari itu . Pengarah SPRM Pulau Pinang Latifah Md Yatim enggan mengulas kes Fairus yang dibersihkan dari siasatan SPRM dan ditutup.[10]

Kediaman Ketua Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 22 April 2009, Shabudin Yahya (BN-Permatang Berangan) mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng kerana membuat keputusan mendiami "Seri Teratai", kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang mulai 22 Jun 2009. Sedangkan mulanya mahu tinggal di rumah keluarga sahaja. Ubahsuai rumah dengan kos RM122,000.[11]

Tanah Wakaf[sunting | sunting sumber]

Shabudin Yahya (BN-Permatang Berangan) juga meminta kerajaan negeri Pulau Pinang mengembalikan tanah wakaf yang diurus oleh Perbadanan Sekretariat Negeri kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi tujuan pembinaan rumah ibadat, sekolah agama dan sebagainya.

30 lokasi tanah runtuh[sunting | sunting sumber]

Pada 22 April 2009, sebanyak 30 lokasi di sepanjang lima kilometer laluan kenderaan dari Jalan Kebun Bunga menghala ke Bukit Bendera dikenal pasti berisiko mengalami tanah runtuh. Jurutera Jalan Raya di Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang B.S. Tan sedang memantau keadaan.

Kes terbaru pada 22 April apabila km 4.6 runtuh ke bawah sejauh 20 meter. Tembok batu bersangkar bernilai RM200,000 siap dibina di lereng bukit.Anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong meninjau tapak runtuhan.[12]

Rasuah pegawai tinggi PBT[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Mac 2009, akhbar berbahasa Cina melaporkan Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi mendakwa wujud amalan rasuah di kalangan pegawai tinggi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang. Pada 22 April 2009, Naib Ketua Pemuda Gerakan, H'ng Khoon Leng mahu Jeff Ooi terus mendedahkan kes itu tanpa bertangguh , jika tidak lebih baik minta maaf. Jeff Ooi merupakan ahli Parlimen Jelutong.[13]

Kuari disiasat[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Mac 2009, syarikat kuari iaitu Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd di Seberang Perai diarah memberhentikan operasi bagi membantu siasatan royalti kurang. Siasatan melibatkan kadar royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 kepada RM1 satu meter padu meter.

Pada 23 April 2009,Lim Guan Eng menyatakan Jawatankuasa Tanah Pulau Pinang akan menyiasat 12 kuari tidak membayar royalti kurang dari sepatutnya.Ketua siasatan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang.Kuari terbabit ialah Weng Lee Granite Kuari Sdn Bhd, Tar San Kuari (Hanson Quarry), Teik Granite Quarry Sdn Bhd, Boon Sun Seraksi (Hanson Quarry), Bang Seng Huat Sdn Bhd (Batu Tiga Quarry), Sofinaz Holding Sdn Bhd, Sasmax Quarry Sdn Bhd, Welepeq Sdn Bhd, Minetech Construction Sdn Bhd, MTT Properties and Development Sdn Bhd, Teik Granite Quarry Ltd dan Zambina Wawasan Sdn Bhd.[14]

Pada 8 Julai 2009, kuari di Kampung Perlis, Bayan Lepas dikatakan telah mencemarkan sungai berhampiran.[15]

Kampung Buah Pala[sunting | sunting sumber]

Penggiliran Ketua Menteri[sunting | sunting sumber]

Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Mohd Yusmadi Mohd Yusuff mahu mendesak agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan sebagaimana di Sabah satu ketika dahulu. Semasa pemerintahan Barisan Nasional dahulu, parti UMNO / orang Melayu telah mendesak jawatan itu digilirkan kerana UMNO mendapat kerusi lebih berbanding MCA dan Gerakan. Malangnya wakil UMNO hanya menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sahaja. Mohd Yusmadi merupakan Anggota Parlimen Balik Pulau menyatakan formula baru bagi menggantikan formula Barisan Nasional terdahulu.

Tetapi pada 30 September 2009, Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan desakan Yusmadi itu. DAP mahu PKR tidak bercakap sesedap rasa kerana akan menjejas Pakatan Rakyat.DAP mempunyai kerusi terbanyak dan lebih berhak melantik siapa sebagai Ketua Menteri .[16]

Ketua Menteri diktator[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim selaku ahli parlimen Bayan Baru tidak dapat menerima corak pentadbiran "diktator, chauvinis dan berotak komunis" yang diamalkan oleh Lim Guan Eng. Hujah Zahrain ialah tender terbuka tidak diamalkan. Lim Guan Eng kononnya tertarik dengan Khalifah Abdul Aziz tetapi gerai-gerai peniaga Melayu dirobohkan. Sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, beliau tidak patut berbahasa Mandarin (85 % - 15 %) semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan PKR sebagai boneka dan pak turut DAP. Lim mahu memimpin negeri mengikut caranya sendiri. Sesiapa yang tidak sehaluan akan tersingkir seperti nasib bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin yang 'terpaksa' melepaskan jawatan. Zahrain yang juga tidak sehaluan telah melepaskan jawatan Pengerusi PKR negeri.[17]

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa parti akan meneliti dua orang wakil rakyatnya - Zulkifli Noordin (Kulim) dan Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) . Turut disiasat ialah Datuk Zaid Ibrahim yang lantang mengkritik YB Zulkifli.[18]

Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Menurut ketua penerangan PAS, Idris Ahmad, peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang disediakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun ini adalah yang tertinggi pernah dinikmati oleh institusi Islam di negeri itu selama ini.

Pada tahun 2008, peruntukan untuk hal-ehwal Islam oleh Kerajaan BN hanya RM12.5 juta. Kemudian, pada pembentangan belanjawan tahun 2008 kerajaan Pakatan telah menambahnya kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009. Pada pembentangan belanjawan 2009 pula, peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. [19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]