Politik di Sabah
Sebagai sebuah negeri di Persekutuan Malaysia, Sabah mengamalkan sistem demokrasi. Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun untuk memilih kedua-dua wakil negeri dan wakil negara.
Kerajaan negeri pada Tahun 2018 (susulan PRU-14 Malaysia) di Negeri Sabah Borneo telah dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh Parti Warisan , UPKO , PKR, dan DAP.
Kerajaan negeri pada Tahun 2020 (susulan PRN Sabah tahun 2020) di Negeri Sabah Borneo telah dikuasai oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh, Parti STAR Sabah, Parti Sabah Progressif (SAPP), Parti Pribumi BERSATU Malaysia-Sabah, Parti Barisan Nasional-Sabah, dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 dan dipersetujui oleh Parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Konflik Politik Sabah 2018 telah berlaku selepas Tan Sri Musa Aman dari Parti UMNO-BN yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 selepas kemenangan beliau pada PRU-14 telah direbut kuasanya oleh Datuk Seri Shafie Apdal dengan "lompatan" Kepemimpinan UPKO yang asalnya dari tiket Gabungan Barisan Nasional (BN) berpindah ke Gabungan Parti Warisan-Pakatan Harapan (PH) yang juga telah menyebabkan "Pertindihan kuasa ketua Menteri Sabah". Hal ini kerana, Datuk Seri Shafie Apdal juga telah mengangkat Sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-15 Sabah beberapa hari selepas Tan Sri Musa Aman mengangkat Sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-15 Sabah. Tan Sri Musa Aman mendakwa belum meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri dan mengesahkan bahawa lantikkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai KM Sabah adalah tidak Sah. Walaubagaimanapun, Pada November 2018, Mahkamah telah mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Shafie Apdal adalah Ketua Menteri Sabah yang Sah untuk kerajaan Sabah. Tan Sri Musa Aman masih berusaha membawa isu ini di Mahkamah atasan sehingga mendapat usul percaya ADUN Majoriti Sabah yang juga telah berakhir dengan Pembubaran Dun Sabah yang diumumkan oleh Datuk Seri Shafie Apdal atas persetujuan TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada bulan Julai 2020. Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan "26 September 2020" sebagai tarikh mengundi untuk rakyat di Sabah. Di Dalam Pilihan raya tersebut, Gabungan Warisan Sabah telah tewas dan hilang beberapa kerusi ADUN. Gabungan Warisan Sabah telah dikalahkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibawah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor dari Adun Sulaman, Tuaran. Sehubungan dengan Kejatuhan Parti Warisan Sabah dan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai pemerintah baru, Konflik Politik Sabah yang berlaku dari Tahun 2018 sehingga Tahun 2020 juga turut reda (Konflik reda). Mandat rakyat Sabah telah berpihak kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara Sah pada Tahun 2020.
KEUNIKAN DAN FAKTA POLITIK DI SABAH:
Satu ciri daripada politik Sabah yang luar biasa (Keunikan) ialah dasar yang diasaskan oleh Barisan Nasional pada 1994. Jawatan Ketua Menteri digilir antara parti-parti komponennya setiap dua tahun, tidak mengira mana satu parti yang berkuasa pada sesuatu masa. Oleh sebab itu, setiap kelompok etnik akan mendapat tempuh yang sama untuk memerintah negeri. Penyusunan ini juga melemahkan kuasa kerajaan negeri yang dahulu sentiasa bertentang dengan kerajaan pusat di Kuala Lumpur. Sistem ini juga memberi kuasa yang lebih banyak kepada kaum Melayu yang merupakan kaum minoriti untuk memansuhkan undang-undang tempatan yang diperkenalkan oleh pihak Kadazan-Dusun yang merupakan kaum majoriti. Walaubagaimanapun, penyusunan ini telah ditamatkan semasa Parti UMNO memegang jawatan itu dengan kuasa sekarang dipegang olehnya. Ini telah menimbulkan pertentangan pendapat dan oleh sebab itu, terdapatnya perasaan kecewa yang meluas dan cara pembantahan dari pembangkang yang tidak berkesan pada pilihan raya umum 2004.
Dewan Undangan Negeri sekarang didominasikan oleh Barisan Nasional dengan cuma satu kerusi pembangkang sahaja yang dipegang oleh calon bebas. Keputusan daripada pilihan raya 2004 ini disebabkan oleh perasaan secara umum yang mana kebanyakan pengundi enggan mengundi kerana kemenangan BN terjamin dan juga sebab mereka tidak percaya kepada parti-parti pembangkang, kebanyakannya tidak begitu aktif sebelum pilihan raya. Seterusnya, ramai pengundi yang mengundi calon bebas.
Serupa dengan politik Malaysia, politik Sabah merupakan politik yang mengikut dasar parti. Usaha baru-baru ini oleh Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah parti komponen BN (Kini telah menjadi Komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan Sekutu Perikatan Nasional (PN)) untuk bekerjasama dengan seorang calon pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (seorang bekas ahli UMNO yang menjadi calon bebas kerana tidak dilantik untuk pilihan raya oleh partinya) dalam percubaan dwipartisan yang tidak pernah berlaku dahulu telah dikritik dengan keras oleh UPKO, sebuah parti komponen BN yang lain (Kini menjadi Parti Komponen Gabungan Warisan Plus (W+) dan Pakatan Harapan (PH))
Walaupun Sabah memasuki Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negeri autonomi, tentangan kepada tekanan dari Kuala Lumpur untuk mewujudkan sebuah negara kesatuan Islam yang dikuasai oleh kaum Melayu telah menyebabkan pergeseran yang agak besar dan kekadangnya panggilan untuk pemisahan. Ketegangan ini juga ditambah oleh pemikiran jajahan Kuala Lumpur terhadap Sabah yang mana 95% daripada keuntungan daripada sumber semula jadi Sabah yang kaya diambil oleh kerajaan pusat dengan ketinggalan cuma 5% untuk kerajaan negeri. Selain daripada kawalan imigeresen yang pada nama sahaja berasingan, tiadanya bukti yang tinggal terhadap autonomi Sabah.
UMNO telah mencapai kuasa dengan pantas sejak kemasukannya ke Sabah pada tahun 1991. Sebelum ini, UMNO tidak mengambil bahagian dalam kedua-dua negeri di Malaysia Timur.
United Malays National Organisation (UMNO) telah hilang kuasa dan telah "runtuh" di Negeri Sabah pada tahun 2018 dan kuasa politik Sabah pada tahun tersebut berpihak kepada Parti Warisan Sabah. Sehubungan dengan kejatuhan Parti Warisan Sabah pada tahun 2020, kuasa politik Sabah akhirnya berpihak kepada Parti Pribumi BERSATU Malaysia-Sabah dalam sekutu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Selepas pemindahan kuasa dari Parti UMNO (2004-2018) - Parti WARISAN (2018-2020) kepada Parti Pribumi BERSATU Malaysia-Sabah, Hak Autonomi dalam Sabah akhirnya berjaya diseimbangkan serta Hak berdemokrasi dalam Sabah juga terjaga. Hal ini terjadi kerana ideologi Parti Pribumi BERSATU Malaysia yang lebih kepada "Perjanjian Malaysia 1963" dan isu "20 perkara". Kini, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi satu harapan baru dalam politik Sabah untuk menjaga Demokrasi Sabah, serta menjaga apa yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin Sabah terdahulu.
- Rujukan: Sabah Politics dari en:Wikipedia