Politik wang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Politik wang ialah istilah khusus untuk rasuah politik yang merangkumi sebilangan perbuatan yang salah di sisi undang-undang, termasuk pembelian undi, dan penyalahgunaan kuasa, serta juga pelesapan wang [1] untuk membiayai pengamalannya. Transparency International-Malaysia menggelarnya sebagai "ibu kesemua rasuah" yang membawa kepada kemusnahan dan kemerosotan gambaran pentadbiran, kebertanggungjawapan dan keutuhan negara, malahan pengamalan demokrasi pada dirinya.[1] Istilah "politik wang" dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia Ke-4, menjelang akhir pemerintahannya.

Politik wang di Indonesia[sunting | sunting sumber]

Dasar hukum[sunting | sunting sumber]

Pasal 73 ayat 3 Undang Undang No. 3 tahun 1999 berbunyi: Barang siapa pada waktu diselenggarakannya pemilihan umum menurut undang-undang ini dengan pemberian atau janji menyuap seseorang, baik supaya orang itu tidak menjalankan haknya untuk memilih mahupun supaya ia menjalankan haknya dengan cara tertentu, dipidana dengan jenayah hukuman penjara paling lama tiga tahun. Jenayah itu dikenakan juga kepada pengundi yang menerima rasuah berupa pemberian atau janji berbuat sesuatu.

Politik wang di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Amalan politik wang kini menimpa Malaysia secara besar-besaran, dengan berjuta-juta ringgit yang dapat dipergunakan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kini dibelanjakan oleh calon-calon pilihan raya dan pemilihan parti.[1] Mengikut Tan Sri Ramon Navaratnam, Presiden Transparency International-Malaysia, menganjurkan persidangan tentang keutuhan tidak banyak bermakna, malahan hanya akan mengaburkan mata rakyat jika kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil sikap yang tegas terhadap pembanterasan rasuah, khususnya politik wang yang kini menular.[1] Mengikutnya lagi, masa depan negara Malaysia bergantung kepada kemahuan politik untuk membantutkan pengamalan politik wang.[1]

Mengikut editor Mingguan Wasilah pula, "rasuah [yang dijenamakan sebagai 'politik wang'] disabdakan sekadar suatu kesalahan gara-gara melanggar etika parti, bukan kesalahan di sisi undang-undang negara".[2] Justera itu, ia tidak kena mengena langsung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana percanggahan dengan etika parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bukan suatu kesalahan di sisi undang-undang Malaysia.[2]

Kes Tan Sri Isa Samad[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Isa Haji Abdul Samad

Rekod Tan Sri Isa Haji Abdul Samad yang terpalit dengan rasuah dalam Pemilihan UMNO 2004 dan digantung keanggotaannya selama 3 tahun jadi hujahan. Ketua pengarang Mingguan Wasilah berkata, "Sangat menarik untuk ditekuni betapa mudahnya kepemimpinan UMNO 'mewajarkan' kembalinya Isa ke gelanggang",[2] Beliau menambah, "Kalau sebelumnya, rasuah yang mewabak dalam UMNO dikomersilkan menjadi "politik wang", kini rasuah yang najis-najis di sisi Islam dan perlakuan hina dalam sejarah peradaban manusia dijenamakan semula sebagai 'satu kesilapan teknikal' sahaja".[2] Justera, ia tiada kena-mengena langsung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana 'kesilapan teknikal' Isa yang bercanggah dengan etika parti itu bukan suatu kesalahan pun di sisi undang-undang negara. Lantaran itu, ketua pengarah Mingguan Wasidah bertanya, "Aneh, kenapa sampai 3 tahun (asalnya 6 tahun) Isa digantung keahlian jika semata-mata hanya melakukan kesilapan teknikal? [2] Menambahnya lagi, "Selepas ini, jangan berasa pelik, sebaliknya 1Malaysia boleh senyum dan menarik nafas lega kerana rasuah bukan lagi suatu kesilapan teknikal, sebaliknya adalah strategi politik paling ampuh lagi berkesan untuk mengekalkan kesinambungan kuasa".[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e The Star: Money politics will bring nation down
  2. ^ a b c d e f Mingguan Wasilah. Terbitan 25-31 Oktober 2009, Lidah Pengarang, m.s. 6