Politik wang di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Politik wang (Bahasa Inggeris: Money politics) telah lama wujud di Malaysia, terutamanya dalam parti terbesar Malaysia UMNO. Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, wang RM200 dimasukkan ke dalam sampul surat kepada wakil UMNO yang mengundi di pilihan UMNO beserta suatu kertas yang meminta wakil mengundi calon-calon yang disenaraikan. Menurut Mahathir, nombor tersebut adalah 2,3,4,7,8,11,14. Namun, keputusan adalah tepat seperti yang dijangkakan kecuali nombor 14 digantikan oleh nombor 10 (Mukhriz Mahathir, anak kepada Mahathir Mohamad). Mahathir mengkritik bahawa maruah orang Melayu hanya bernilai RM200. [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

Menjelang Pilihanraya Umum Malaysia ke-12, Barisan Nasional yang merupakan pembangkang di Negeri Kelantan telah memberi wang tunai RM 200 kepada pengundi-pengundi Kelantan yang berada di negeri-negeri lain sebagai "tambang" untuk balik mengundi di negeri Kelantan atas harapan mereka yang menerima budi ini akan mengundi Barisan Nasional pada tanggal 8 Maret 2008. [8]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.