Polyplectron inopinatum
Burung Kuang Cermin | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | P. inopinatum
|
Nama binomial | |
Polyplectron inopinatum (Rothschild, 1903)
| |
Sinonim | |
Chalcurus inopinatus Rothschild, 1903 |
Kuang cermin gunung, kuang cermin atau merak pongsu gunung (nama saintifik: Polyplectron inopinatum)[1] ialah spesies burung tanah besar dalam genus Polyplectron keluarga Phasianidae.[2] Ia ditemukan di hutan-hutan Banjaran Titiwangsa tengah Semenanjung Melayu berketinggian antara 820–1,600 meter dari paras laut.[1]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ia bersaiz sederhana dengan ukuran badan sepanjang 45–66 sentimeter. Bulu-bulunya berwarna perang kehitaman dengan corak mata kecil; bulu-bulu ekor dan sayapnya memanjang dengan corak mata biru berkilauan pada bahagian atas.[1]
Kedua-dua jantina memiliki rupa yang hampir serupa. Burung jantan berjambul dan berekor panjang; burung betina kecil sedikit dan berbulu agak lebih kelabu berbanding burung jantan.[1]
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Burung Kuang Cermin merupakan sejenis burung pemakan serangga. Makanannya terdiri dari beri, kumbang dan semut.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Burung Kuang Cermin membiak dengan bertelur. Telur Burung Kuang Cermin bercangkerang keras.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Jeyarajasingam, Allen (2012). A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore. OUP Oxford. m/s. 78–79. ISBN 978-0-19-963943-4.
- ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (Ogos 2024). "Pheasants, partridges, francolins". IOC World Bird List Version 15.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 17 Mac 2025.
- "Polyplectron inopinatum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes a range map and justification for why this species is vulnerable - Kimball, Rebecca T.; Braun, Edward L.; Ligon, J. David; Lucchini, Vittorio & Randi, Ettore (2001): A molecular phylogeny of the peacock-pheasants (Galliformes: Polyplectron spp.) indicates loss and reduction of ornamental traits and display behaviours. Biol. J. Linn. Soc. 73(2): 187–198. HTML abstract
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Senarai burung | ![]() |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |