Pondok Pengajian Darul Istiqomah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pondok Pengajian Darul Istiqomah, Muar diasaskan oleh Ustaz Imran Bin Mat Kahar yang berasal dari Pahang. Beliau mendapat pendidikan dari sekolah pondok di Terengganu. Pondok Pengajian yang terletak di Lot 1427 Kampung Simpang Baba, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor ini bertujuan melahirkan atau mendidik anak bangsa menjadi orang yang bertaqwa. Sistem pendidikan pengajian pondok yang di amalkan ini tiada had usia dan tidak mengira latar belakang sesiapa. Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat. Di sini juga menekankan asas-asas ibadah (fardu ain) seperti tentang sembahyang, bersuci, anak soleh, suami isteri dan juga termasuk syurga neraka dan lain-lain. Pondok Darul Istiqomah ini mempunyai murid-murid tetap, dan ramai lagi dari serata tempat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti pelajar IPT/IPTS, atau orang yang sudah berumah tangga atau masih bujang. Salah satu keistimewaan pondok ini ialah masa belajar atau menuntut ilmu ini ditetapkan oleh murid-murid yang hadir. Tempat penginapan juga di sediakan oleh Mudir Pondok ini.

Memetik kata-kata Sayyidina Abu Dardaa r.a;

"Orang alim (guru) dan murid (pelajar) sama-sama pahalanya, sebab manusia itu hanya dua orang, guru dan murid, dan selain itu tidak ada gunanya" Kitab Tanbihul Ghafilin, dalam fadhilat menuntut ilmu.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]