Pontianak Menjerit
Pontianak Menjerit | |
---|---|
Pengarah | Yusof Kelana |
Penulis | Yusof Kelana |
Dibintangi oleh | Azlee Senario Zed Zaidi Sheila Rusly Ziana Zain Juliana Banos Mazlan Pet Pet Faizal Hussein Jalaluddin Hassan Corrie Lee |
Syarikat penerbitan | Skop Production Sdn. Bhd. ME Communications Sdn Bhd |
Mula ditayangkan | ![]() |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Perbelanjaan | RM 1.05 juta |
Pontianak Menjerit ialah sebuah filem genre komedi dan seram Malaysia arahan Yusof Kelana.
Isi kandungan
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Datuk Pangeran Abdul Rahman (A. Galak) baru meninggal dunia 3 bulan yang lalu. Dia telah meninggalkan harta sebanyak RM30 juta!
Maka arwah pun membuat wasiat agar hartanya itu dibahagi kepada waris-warisnya iaitu Azlee (Azlee Senario), Mazlan (Lan Pet Pet), Saiful (Zed Zaidi) serta isteri mudanya, Ratana Putri (Sheila Rusly), seorang warga siam menetap di Bangkok.
Azlee tidak puas hati sebab tak mahu berkongsi harta dengan kehadiran Saiful yang berlainan ibu dan juga ibu tirinya, Ratana Putri. Lalu berlakulah pertengkaran kecil antara Azlee, Saiful dan Ratana Puri.
Dalam wasiat arwah tersebut menerangkan bahawa harta-harta tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada semua pewaris. Namun Encik Salleh (Jalaluddin Hassan), iaitu peguam arwah Datuk Pangeran menjelaskan terdapat syarat untuk memiliki harta tersebut, iaitu kesemua waris-waris diminta untuk menetap di banglo besar tersebut selama 33 hari.
Dalam ketegangan yg berlaku diantara Azlee, Saiful dan Ratana Putri, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran pontianak berlegar-legar mengganggu mereka di banglo tersebut. Sementara itu Julia (Juliana Banos) dan Mazlan juga hilang tanpa dikesan. Kehilangan Mazlan dan Julia secara tiba-tiba membuatkan Encik Salleh meminta bantuan Inspektor Angelina (Angelina Tan) bagi menyiasat dan merungkai misteri disebalik kehilangan Mazlan dan Julia.
Akhirnya terbongkar rahsia apabila Ratana Putri yang tamakkan harta telah berpakat dengan kekasihnya, SomChai (Corrie Lee) untuk menculik semua waris-waris arwah serta mahu membunuh mereka. Julia dan Mazlan diculik dan disembunyi di dalam sebuah rumah usang di dalam hutan. Bagaimanapun Ratana Putri dan SomChai akhirnya diberkas. Rahsia dan misteri dirumah tersebut akhirnya terjawab kerana pontianak yang berkeliaran di banglo dan hutan selama ini hanyalah mainan visual yang dimainkan projector yang telah dirancang oleh Ratana Putri dan SomChai sebelum ini untuk menakut-nakutkan penghuni di banglo tersebut. Akhirnya, harta warisan arwah Datuk Pangeran Abdul Rahman dibahagi-bahagikan secara adil kepada semua waris kecuali Ratana Putri disebabkan kejahatan dan ketamakannya ingin membolot harta tersebut seorang diri sebelum ini.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Azlee Senario sebagai Azlee
- Zed Zaidi sebagai Saiful
- Sheila Rusly sebagai Ratana Putri
- Ziana Zain sebagai Ziana
- Faizal Hussein sebagai Yassin
- Jalaluddin Hassan sebagai Peguam Salleh
- Juliana Banos sebagai Julia
- Mazlan Pet Pet sebagai Mazlan
- Corrie Lee sebagai SomChai
- Amran Tompel sebagai Pak Mail
- Zarina AF2 sebagai Zarina
- Nursyella sebagai Syella
- Osman Kering sebagai Bomoh Hantu
- Angelina Tan sebagai Inspektor Angelina
- Julia Hana sebagai Pontianak
- Raja Norbaizura sebagai Datin
- A. Galak sebagai Datuk Pangeran Abdul Rahman
Sambutan[sunting | sunting sumber]
FIlem ini dikeluarkan pada 16 Jun 2005 dan mendapat kutipan sebanyak RM 0.90 juta.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Rencana ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.