Classical crossover

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pop Opera)

Classical crossover o pop opera (bahasa Inggeris: Operatic pop) ialah corak lagu yang dikategorikan di dalam cabang genre muzik pop, dimana lagulagu berentak pop dinyanyikan mengunakan suara opera. Kebiasaannya lagu-lagu pop opera dimainkan dengan muzik klasikal (bercorak orkestra) tetapi ia kerap juga dimainkan dengan irama muzik pop. Pop Opera juga disebut atau lebih kenali sebagai "Popera" oleh ramai penulis media dan pengkritik lagu.

Pop opera adalah genre yang dikatakan agak baru dan tidak banyak rencana - rencana ditulis mengenainya setakat ini. Walau bagaimanapun, banyak kritikan yang tidak membina sering dilemparkan oleh The purist (merujuk kepada pencinta opera sejati) yang menganggap penyanyi-penyanyi opera yang menjuruskan diri ke arah nyanyian pop dengan mengunakan suara opera sebagai menjatuhkan status opera yang cuba mereka kekalkan dari muzik era barok dan muzik era romantis.

Pop opera sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, kerana corak lagu ini telah dinyanyikan oleh beberapa penyanyi opera termasuk tenor-tenor opera terkenal seperti Plácido Domingo, Luciano Pavarotti, Andrea Bocelli dan lain-lain. Namun, penyanyi - penyanyi tenor opera ini hanya memuatkan beberapa lagu bercorak ini di dalam album mereka yang mempunyai sekurang-kurang 15 lagu atau aria opera yang lain (kecuali Andrea Bocelli sejak kebelakangan ini).

Pop opera nampak muncul secara mendadak kebelakangan ini, dan dianggap baru oleh sesetengah pendengar apabila soprano and tenor terkenal, Sarah Brightman dan Andrea Bocelli berduet menyanyikan lagu berjudul “Time to Say Goodbye”, begitu juga dengan kemunculan kumpulan Il Divo yang terdiri dari 2 penyanyi tenor opera, seorang penyanyi zarzuela yang juga penyanyi bariton opera, dan seorang penyanyi pop. Album terbaru Pavarotti yang berjudul “Ti Adoro” juga berbunyi “pop opera” oleh ramai pendengar dan penkritik lagu namun album tersebut diterima baik oleh ramai para peminat, begitu juga lagu lama duet Plácido Domingo dan John Denver “Perhaps Love” (dan banyak lagi samada nyanyian solo atau duet), yang dirakam semula di dalam album keluaran 2006 Plácido Domingo berjudul “Moments of Passion” dan album-album sebelumnya. Di Jepun, kini popular dengan group trio Kalafina menampilkan elemen pop opera yang dimasukkan didalam sesetengah album mereka seperti " Oblivious" dan " To The Begining" dimana ketiga-tiga mereka menggunakan suara soprano, mezzo soprano serta alto, seperti itu juga ELISA dengan judul lagu "Otorio The World God Only Knows" dan "Realism" banyak menggunakan suara operatic soprano. Berlainan dengan Norimasa Fujisawa dan The Eccentric Opera kedua-dua mereka menggubah semula lagu-lagu klasik seperti "Albinoni's Adagio", "Queen of the Night Aria" dan sebagainya kepada elemen muzik pop opera dengan lebih rancak.

Penyanyi Pop Opera[sunting | sunting sumber]

  • Amici Forever
  • Andrea Bocelli
  • Sarah Brightman
  • G4 (band)[1]
  • Il Divo[2]
  • Romina Arena
  • Kalafina (Japan trio)
  • Elisa
  • Tanaka REMI
  • The Eccentric Opera
  • Norimasa Fujisawa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]