Popcorn (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Popcorn
Maklumat penerbitan
Penerbit Kumpulan Art Square
Majalah: 12
Tarikh penerbitan 11 Oktober 2008

Popcorn ialah sebuah majalah komik bahasa Inggeris penerbitan dua-bulan-sekali di Malaysia oleh Kumpulan Art Square. Ia merupakan majalah komik antarabangsa yang pertama diterbitkan di Malaysia. Pada Ogos 2010, Popcorn telah mengakhiri penerbitannya pada isu ke-12.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Popcorn telah dilancarkan oleh Kumpulan Art Square pada 11 Oktober 2008.[1] Tujuan majalah ini diterbitkan antara lainnya untuk meningkatkan mutu komik Malaysia dan juga membuat percubaan untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Isu pertamanya telah dipasarkan dengan harga RM15.90. Antara karyawan komik yang ditampilkan pada isu pertama tersebut ialah Puppeteer, Leong Wan Kok dan Redcode.Manakala karyawan ilustari daripada Malaysia yang ditampilkan ialah Kromosom,Bram,Artgerm,kiDChan,Fung Kin Chew,Luciole Loong,Virus -AC74,Adijin,Baba Chuah,Leong Wan Kok dan Kaoru(kartunis) dan yang lain daripada negara Taiwan dan Singapura.Tan Eng Huat dan Benjamin Zhang turut membuat penampilan eksklusif pada isu pertama Popcorn.

Pada isu kedua,ilustrasi Puppeteer telah dijadikan muka depan majalah komik Popcorn disertakan dengan temu bual bersama Puppeteer.Selain itu,turut juga disertakan komik daripada Puppeteer,Baba Chuah dan Ho Seng Hui.

Pada isu ketiga,muka depan majalah Popcorn dilukis oleh Kaoru (pelukis) dan disertakan temu bual bersama pelukis komik yang terkenal dengan karya Slam Dunk,Vagabond dan Real iaitu Takehiko Inoue,Imaginary Friends Studio dan kartunis komik di Kumpulan Art Square.Turut di tampilkan komik dari Kaoru (pelukis komik),Zint dan Baba Chuah.Serta ilustari dari dalam dan luar negara.

Pada isu keempat,muka depan majalah Popcorn telah dilukis Leong Wan Kok atau lebih dikenali sebagai Puyuh dan turut juga ditampilkan temu bual bersama Leong Wan Kok.

Pada isu kelima,Michael Lau artis daripada negara China telah melukis muka depan bagi Majalah Popcorn serta temu bual bersama beliau.Turut diselitkan temu bual bersama pelukis komik Malaysia iaitu Redcode atau lebih dikenali sebagai Cicak.Di tampilkan juga komik dari Redcode,Kaoru (pelukis komik) dan Leong Wan Kok.

Kartunis[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.