Porfirio Diaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Porfirio Díaz)
Porfirio Diaz

José de la Cruz Porfirio Díaz Mori (15 September 1830 – 2 Julai 1915) Beliau merupakan seorang diktator di Mexico selama 35 tahun, menjadi presiden dari 1876-80 dan dari 1884-1911. Dalam empat tahun pengantaraannya, jawatan presiden telah disandang oleh boneka beliau bernama Manuel González.

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Seperti Benito Juárez, sahabat dan kemudian musuh ketatnya, Díaz adalah berketurunan Indian dari Oaxaca. Dilahirkan pada 1830, bapanya adalah José de la Cruz Díaz dan ibunya bernama Petrona Mori. Bapanya meninggal semasa beliau berusia tiga tahun dan sebagai remaja dia terpaksa mengambil pelbagai kerja sementara untuk menampung hidup keluarganya. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Institute of Science and Art di Oaxaca. Bila perang AS-Mexico tercetus, Díaz sedang mempelajari undang-undang. Beliau menyertai "National Guard" Mexico tetapi dia tidak terlibat dalam perang sebab ia telah berakhir sewaktu itu.

Pemberontakan menentang Santa Anna[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 1854 sekumpulan penentang kerajaan telah mengadakan perjumpaan sulit di Ayutla, Guerrero. Dalam perjumpaan tersebut, mereka telah berkomplot untuk menggulingkan diktator ketika itu, yang terlibat dalam korupsi iaitu Antonio López de Santa Anna. Mereka yang terlibat dalam konspirasi ini termasuklah General Juan Alvarez yang marah kepada Santa Anna kerana membuang beberapa kawannya yang telah memegang jawatan penting dalam kerajaan. Disana kumpulan tersebut telah melancarkan Rancangan de Ayutla, suatu manifesto untuk menjatuhkan Presiden Santa Anna.

Berita tentang rancangan ini tersebar luas diseluruh Mexico dan rakyat mula bersedia untuk memberontak. Juárez dan Díaz, yang telah dibuang negeri oleh Santa Anna, telah pulang ke Mexico dan terus menyertai pemberontakan ini. Pada mulanya Santa Anna cuba untuk memberi sogokan kepada musuh-musuhnya. Tetapi apabila ia tidak berjaya, beliaupun meninggalkan Mexico pada Ogos 1855 dan Alvarez mengambil alih sebagai presiden sementara. Juárez dilantik sebagai menteri kehakiman dan Díaz, yang hanya berusia dua puluh lima tahun, menjadi subprefect bandar Ixtlán di Nayarit.

Perang Reformasi[sunting | sunting sumber]

Suatu perlembagaan baru telah dibentuk pada 5 Februari, 1857, yang menghadkan kuasa pihak gereja. Para agama, paderi dan konservatif membantah perlembagaan tersebut dan ini mengakibatkan perang berdarah yang dipanggil Perang Reformasi atau "Reform War" antara 1858-61.

Sewaktu "Reform War" dan perang menentang Maharaja Maximilian dan campurtangan Perancis antara 1864-67 Díaz telah menonjolkan imej orang kuat untuk ideologi liberal. Beliau telah cedera sebanyak dua kali, melepaskan diri daripada ditangkap sebanyak tiga kali dan di antara 1864-67 mengetuai suatu platun yang berjaya menewaskan golongan imperialis sebanyak sembilan kali. Beliau juga terkenal dengan sifat amanah apabila memulangkan kepada kerajaan duit lebih sebanyak 87,232 peso yang tidak dibelanja sewaktu kempen menentang Maximilian. Pada akhir dua perang tersebut dia menjadi seorang Jeneral yang terkenal dimerata Mexico. Manakala kawannya pula iaitu Juarez telah dipilih sebagai Presiden.

Mexico di bawah pemerintahan Juárez[sunting | sunting sumber]

Peristiwa yang memisahkan mereka berlaku pada 15 Julai, 1867, bila Juárez (yang baru sahaja menggulingkan kerajaan Maximillian) sedang masuk ke bandar Mexico sebagai seorang perwira. General Diaz yang berkuda itu, bergerak kearah kawan lamanya untuk mengucapkan syabas. Tetapi Juárez hanya mengangguk kepalanya dan mengarahkan "coachman" untuk meneruskan perjalanan. Pada Februari 1868, Díaz meletak jawatan dan berpindah di La Noria, suatu hacienda di Oaxaca yang dihadiahkan kepadanya pada 27 Disember, 1867. Tetapi selepas itu beliau mula bergiat di dalam politik.

Pada 1871 Juárez sekali lagi bertanding dalam pilihan raya dan berjaya menewaskan Diaz dan Sebastián Lerdo de Tejada dalam satu kemenangan tipis. Pada 1867 Diaz sekali lagi ditewaskan oleh Juarez. Selepas tewas pada pilihan raya 1871 beliau mengeluarkan manifesto dipanggil Rancangan de La Noria, nama estetnya. Beliau menuduh terdapat penipuan dalam pilihan raya dan mahu menggulingkan Juárez dengan alasan Presiden itu tidak boleh bertanding untuk penggal kedua. Ia adalah ironis sebab selepas menjadi presiden, Diaz sendiri telah menyandang jawatan tersebut buat beberapa penggal.

Pemberontakan ini telah digagalkan dan Díaz terpaksa bersembunyi. Pada 17 Julai, 1772, Juárez meninggal akibat sakit jantung. Dibawah perlembagaan, jawatannya patut diambilalih oleh Lerdo de Tejada, ketua kehakiman mahkamah agung. Walaupun Lerdo seorang liberal dan "anti-clerical", dia dibenci oleh ramai kumpulan kerana dia sanggup menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menguatkuasakan kehendaknya. Selain itu, dia dituduh bersekongkol dengan syarikat keretapi dari Amerika Syarikat.

Era Porfiriato[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 1876, Díaz sekali lagi memberontak. Pada kali ini, beliau melancarkan rancangan yang dipanggil Rancangan de Tuxtepec. Seperti Juárez, beliau menonjolkan dirinya sebagai seorang reformasi yang liberal dan bukannya diktator militari. Rancangan ini menekankan lebih demokrasi pada peringkat perbandaran atau kerajaan tempatan dan menyerang prinsip pertandingan semula jawatan Presiden dalam pilihan raya. Selepas beberapa kekalahan, puak pemerontak akhirnya mencapai kemenangan dan Diaz kembali ke Bandar Mexico pada 21 November 1876. Dari tarikh tersebut bermulalah "porfiriato" -- penguasaan Mexico oleh regim Díaz selama 35 tahun.

Kempen Díaz bermula dengan pelbagai janji seperti lebih demokrasi dalam kerajaan tempatan dan mengakhiri pertandingan semula bagi jawatan Presiden. Namun selepas menyandang jawatan Presiden, beliau lebih menumpukan perhatian kepada isu-isu stabiliti dalaman dan pelaburan asing. Suatu program "law and order" adalah amat diperlukan untuk mengatasi masalah samseng dan jenayah yang meruncing. Keadaan tidak stabil dan aman ini telah menakutkan para pelabur asing dan beliau mahu mengembalikan keyakinan para pelabur asing. Cara penyelesaiannya amat mudah iaitu dengan bekerjasama dengan samseng yang paling merbahaya dan mengambil mereka sebagai Rurales ("Polis Desa"), suatu pasukan paramilitari yang digeruni dan amat terlatih berbanding dengan askar konskrip biasa yang lemah dan tidak bersemangat. Dalam waktu yang singkat, masalah samseng diatasi dan pasukan "Rurales" telah menjadi pasukan polis yang berkesan terhadap pemberontakan rakyat.

Setelah mencapai keamanan dalaman secara kejam, Díaz kemudiannya membuka negaranya kepada plabur asing, dari Amerika Syarikat serta Eropah. William Randolph Hearst telah memiliki ladang ternakan lembu yang amat luas, American Smelting and Refining Company yang dikawal oleh Guggenheim telah menaikkan ore smelters, manakala beberapa syarikat petroliam gergasi seperti Mexican Petroleum Company yang dimiliki oleh William Doheny dan syarikat Waters Pierce Company, yang berhubungkait dengan Standard Oil (kini ESSO), telah mendominasi rantau disebelah Gulf Coast. Díaz begitu ghairah untuk menarik pelaburan asing sehingga beliau menggunakan polisi kotor iaitu dengan membayar pekerja asing lebih daripada pekerja tempatan bagi kerja yang sama. Ini telah mengakibatkan mogok di Syarikat Perlombongan Cananea di Sonora yang telah ditumpas secara ganas oleh pihak berkuasa disana. Díaz juga telah melaga-lagakan pelabur asing dan menyebelahi satu pihak misalnya pelabur British dan Eropah untuk mengimbangi pengaruh Amerika Syarikat.