Pornografi keterlaluan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tempat perfileman pornografi

Pornografi keterlaluan ialah bentuk pornografi yang menonjolkan babak seks yang eksplisit. Istilah ini dicipta pada separuh kedua abad ke-20 untuk membezakannya daripada pornografi ringan. Ia biasanya mengambil bentuk gambar foto, seringnya di dalam majalah atau filem, tetapi juga sebagai kartun. Sejak 1990-an, pornografi keterlaluan telah diedarkan secara meluas dalam Internet.

Kesahan[sunting | sunting sumber]

Pornografi keterlaluan telah diharamkan secara meluas di banyak negara sehingga separuh kedua abad ke-20 apabila banyak demokrasi liberal di dunia yang mengalami perubahan norma seks bermula membenarkan capaian yang terhad. Bekalannya biasa dikawal oleh gabungan sistem pengelasan dan kawalan di tempat jualan, walaupun pada hari ini, pornografi keterlaluan boleh dimuat turun dengan mudah daripada banyak laman internet tanpa banyak sekatan. Bagaimanapun, pemaparan awam dan pengiklanan seringnya dilarang.

Kebanyakan demokrasi liberal di dunia kini sedang mengambil langkah untuk membenarkan pornografi di sisi undang-undang atau menghadapi kegagalan dalam penguatkuasaan undang-undang bagi melarangnya dan justera, menyebabkan pengesahan de facto. Sungguhpun demikian, seringnya terdapat tentangan yang meluas daripada khalayak terhadap pengesahannya (lihat gerakan anti-pornografi).

Di Amerika Syarikat, tafsiran undang-undang pornografi berhubung dengan perlembagaannya yang menjamin hak kebebasan untuk bersuara berbeza-beza dari sebuah negeri ke sebuah negeri dan dari sebuah bandar raya ke bandar raya yang lain. Di United Kingdom pula, pornografi keterlaluan telah dibenarkan di sisi undang-undang sejak 2000.[1][2]

Kesan sosial pornografi[sunting | sunting sumber]

Kajian tentang pornografi dan jenayah seks di Denmark (1970), sebuah laporan saintifik yang disediakan oleh Berl Kutchinsky, ahli krimonologi Denmark, atas perintah Suruhanjaya Presiden tentang Kelucahan dan Pornografi, mendapati bahawa pengesahan pornografi di sisi undang-undang di Denmark tidak mengakibatkan kenaikan kadar jenayah seks, bertentangan dengan apa yang telah dijangka.[3] Walaupun demikian, sejak kajian itu, banyak uji kaji telah dijalankan dengan dapatan yang berbeza-beza, baik yang menyokong mahupun yang menentang dapatan Berl Kutchinsky.

Kesan Swatanggapan terhadap Penggunaan Pornografi,[4] sebuah kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh Martin Hald dan Neil Malamuth di Denmark, mendapati bahawa kedua-dua kaum lelaki dan kaum wanita umumnya mempercayai bahawa pornografi keterlaluan mempengaruhi kehidupan mereka dengan cara yang positif. Mereka menghargai pornografi kerana:

Bagaimanapun, kajian-kajian yang lain mendapatkan kesimpulan yang amat berbeza daripada kajian tersebut tentang kesan pornografi kepada orang perorangan dan keluarga.[5]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian 2003 oleh Eric Schlosser menganggar hasil daripada pornografi keterlaluan di Amerika Syarikat sebagai setanding dengan hasil Hollywood di dalam negara itu.[6] Menurut kajian tersebut, video pornografi keterlaluan, laman internet, serta persembahan seks di hadapan penonton dan televisyen kabel menjanakan AS$10 bilion setahun. Bagaimanapun, baru-baru ini, banyak orang yang terkenal dalam industri pornografi mengatakan bahawa jualannya adalah jauh kurang daripada apa yang dilaporkan,[7] akibat persaingan bebas dan persaingan amatur internet yang, menurut Paul Fishbein daripada majalah perdagangan Adult Video News, telah menyebabkan penurunan jualan sewa sebanyak 10-15%.[8]

Pornografi keterlaluan masih merupakan satu isu yang penuh dengan perbalahan dan dipergunakan sebagai satu isu kempen oleh ahli politik di Amerika Syarikat. Mitt Romney, misalnya, mencela "penakung najis" pornografi tetapi ditembak pula oleh pihak konservatif sosial, termasuk Tony Perkins, kerana Romney merupakan salah satu pengarah Marriott International yang kumpulan hotelnya, sebagaimana dengan hotel-hotel yang lain, mendapat banyak untung daripada bayar-per-pandang filem pornografi.[9] Aktivis anti-pornografi John L. Harmer yang pernah berkhidmat sebagai leftenan gabenor kepada Ronald Reagan, menganggar bahawa seluruh industri pornografi menjanakan sehingga AS$500 juta setahun.[9]

Khususnya, pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan gerakan Kristian sayap kanan juga melibatkan diri mereka dalam isu-isu pornografi.[10]

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Satu kajian yang dijalankan pada 2003 mendapati bahawa satu pertiga daripada semua pengguna internet British mencapai laman pornografi keterlaluan.[11] Sebaliknya, pada 2006, akhbar The Independent melaporkan bahawa Nielsen NetRatings mendapati bahawa melebihi 9 juta orang dewasa lelaki menggunakan perkhidmatan pornografi Internet.[12] Kajian itu juga melaporkan kenaikan bilangan wanita yang mengunjungi laman berkadar X daripada 1.05 juta hingga 1.38 juta, suatu kenaikan sebanyak satu pertiga.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/759268.stm
  2. http://www.melonfarmers.co.uk/arloh11.htm
  3. Berl Kutchinsky: Studies on Pornography and sex crimes in Denmark
  4. Archives of Sexual Behavior, 2007
  5. http://www.xbiz.com/news/legal/92115
  6. With pot and porn outstripping corn, America's black economy is flying high, Duncan Campbell, The Guardian, May 2, 2003; accessed August 1, 2008
  7. Hard Times for the Porn Industry?, Brian Braker, Newsweek, February 8, 2007; access August 4, 2008
  8. Turns Out Porn Isn't Recession-Proof, Betsey Schiffman, Wired Magazine, July 21, 2008; accessed August 4, 2008
  9. 9.0 9.1 Romney Criticized for Hotel Pornography, Glen Johnson, The Washington Post, July 5, 2007; accessed August 1, 2008
  10. Hardcore pornography isn't free speech, Matt Barber, The Christian Post, January 31, 2008; accessed August 4, 2008.
  11. Men and porn, Edward Marriott, The Guardian, November 8, 2003
  12. Sex.com: We are a nation addicted to porn. And nearly 11 million of us got our fix on the net last year, Sophie Goodchild and Severin Carrell, The Independent, May 28, 2006; accessed August 4, 2008

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • O'Toole, L. (1998), Pornocopia: Porn, Sex, Technology and Desire, London, Serpent's Tail. ISBN 1-85242-395-1