Port Sudan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Port Sudan
بور سودان
Bar'uut
Bandar
Pelabuhan Port Sudan
Pelabuhan Port Sudan
Port Sudan is located in Bumi
Port Sudan
Port Sudan (Bumi)
Koordinat: 19°37′N 37°13′E / 19.617°N 37.217°E / 19.617; 37.217Koordinat: 19°37′N 37°13′E / 19.617°N 37.217°E / 19.617; 37.217
Negara Sudan
NegeriRed Sea
Penduduk
 (2007)
 • Jumlah489,725

Port Sudan ( Arab: بور سودان, rumi: Būr Sūdān, Beja : Bar'uut ) ialah sebuah bandar dan pelabuhan dekat Laut Merah di timur Sudan, dan juga ibu kota kepada wilayah Laut Merah. Port Sudan ialah pelabuhan utama dan sumber kepada 90% daripada perdagangan antarabangsa negara Sudan.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Port Sudan telah dibina antara tahun 1905 dan 1909 oleh pentadbiran Anglo-Mesir Sudan untuk menggantikan kota pelabuhan Suakin.[2] Saluran paip minyak telah dibina di antara pelabuhan dan bandar Khartoum pada tahun 1977.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Restoran ikan di Port Sudan

Bandar ini mempunyai kilang penapisan minyak dan mengendalikan 90% perdagangan antarabangsa negara Sudan.[2]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bandar ini mempunyai pelabuhan kontena moden untuk mengendalikan import dan eksport.[2] Pelabuhan ini ialah sebahagian daripada Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 yang membentang dari pantai China melalui Terusan Suez ke Mediterranean, dari sana terus ke wilayah Adriatik Atas Trieste dengan sambungan kereta apinya ke Eropah Tengah dan Timur.[3][4][5][6]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kampus Universiti Laut Merah

Bandar ini ialah rumah kepada Universiti Laut Merah, yang ditubuhkan pada tahun 1994.[7]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Populasi
1906 4,289
1941 26,255
1973 132,632
1983 209,938
1993 305,385
2007 ( est. ) 489,275
2008 ( est. ) 517,338

Penduduk kebanyakannya terdiri daripada orang Arab Sudan, termasuk orang asli Beja, dengan sedikit minoriti Asia dan Eropah.[2]

Orang yang terkenal[sunting | sunting sumber]

  • Gawaher (Penyanyi pop)
  • Ra'ouf Mus'ad (Penulis Drama)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eltahir, Nafisa; Abdelaziz, Khalid; Saul, Jonathan (2021-12-23). "Sudan's Red Sea port struggles to recover from blockade and turmoil". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-22.
  2. ^ a b c d "Port Sudan | Facts". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-02.
  3. ^ "China's 'Maritime Silk Road': Don't Forget Africa". thediplomat.com.
  4. ^ See also: Harry G. Broadman "Afrika´s Silk Road" (2007).
  5. ^ "Implications for Africa from China's One Belt One Road Strategy". africacenter.org.
  6. ^ "China's Belt and Road Initiative beacons new trade in MENAT". www.business.hsbc.ae.
  7. ^ "Red Sea University". African Studies Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-12. Dicapai pada 2011-09-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Port Sudan di Wikimedia Commons