Portal:Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selamat datang di Portal Amerika Syarikat
Welcome to the United States Portal

Bendera Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat
Jata negara Amerika Syarikat
Jata negara Amerika Syarikat
Peta Amerika Syarikat dalam Amerika.

USA, or atau Amerika Syarikat (Mal., Sin., Bru., juga Amerika Serikat Ind. - Jawi: اميريک شريکت, bahasa Inggeris: United States of America; ) ialah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara. Ia sebuah republik berperlembagaan persekutuan terdiri daripada 50 negeri, sebuah daerah persekutuan, lima wilayah yang tidak diperbadankan, 326 tanah rizab Indian, dan sembilan pulau kecil terpencil. Dengan keluasan hampir 3.8 juta batu persegi (9.8 juta kilometer persegi), negara ini merupakan negara keempat atau ketiga terbesar di dunia. USA berkongsi sempadan darat dengan Kanada di utara dan Mexico di selatan serta sempadan maritim dengan Bahamas, Cuba, Rusia dan banyak lagi. Dengan populasi lebih ramai daripada 331 juta orang, ia adalah negara ketiga paling ramai penduduk di dunia. Ibu negara Amerika Syarikat ialah Washington, D.C., dan bandar yang paling padat sekaligus menjadi pusat kewangannya adalah Bandar Raya New York.


Rencana pilihan

New York merupakan bandaraya yang paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia. Sebagai sebuah bandar raya global utama, New York memancarkan pengaruh hebat terhadap perdagangan, kewangan, media, kebudayaan, kesenian, fesyen, penyelidikan, pendidikan dan hiburan sedunia. Sebagai tuan rumah Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia juga menjadi pusat siasah antarabangsa yang penting. Bandaraya ini dipanggil Bandar Raya New York atau Kota New York untuk membezakannya daripada negeri New York di mana terletaknya bandar raya ini.

(Lebih mengenai...)

Biografi pilihan

Barack Hussein Obama II (Tulisan Jawi: بيريک حسين اوبام II) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Beliau merupakan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat, serta yang pertama lahir di Hawaii.

Sebelum ini, Obama merupakan senator muda dari Illinois sebelum meletakkan jawatan pada 16 November 2008 untuk bertanding dalam pilihan raya presiden. Selepas menang, Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat di Kapitol Amerika Syarikat pada 20 Januari 2009. Pada 9 Oktober 2009 pula, Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2009 untuk "usaha luar biasanya dalam menguatkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama antarabangsa".

Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data