Portal:Anime dan manga/Rencana pilihan/2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sword Art Online

Sword Art Online (Jepun: ソードアート・オンライン, Hepburn: Sōdo Āto Onrain) merupakan siri novel ringan direka oleh Reki Kawahara dan ilustrasi oleh abec. Siri ini berlaku pada masa akan datang dan memberi tumpuan kepada dunia realiti maya dikenali sebagai MMORPG. Novel ringan diterbitkan oleh ASCII Media Works' Dengeki Bunko pada 10 April 2009, berserta siri pendek diterbitkan pada Oktober 2012. Siri manga diterbikan oleh Kadokawa dan ASCII Media Works telah menghasilkan sembilan buah jilid. Siri televisyen anime dihasilkan oleh syarikat A-1 Pictures, musim pertama mula ditayangkan pada Julai sehingga Disember 2012, musim kedua bertajuk Sword Art Online II (Jepun: ソードアート・オンライン II, Hepburn: Sōdo Āto Onrain II) ditayangkan pada Julai sehingga Disember 2014. Siri ini telah mengeluarkan filem sulungnya iaitu Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale ditayangkan serentak di Jepun dan Asia Tenggara pada 18 Februari 2017.

Pada tahun 2022, permainan video berperanan berganda dalam talian realiti maya (VRMMORPG) juga dikenali sebagai Sword Art Online (SAO) mula dijual mempunyai peralatan seperti NerveGear, topi keledar yang merangsang pancaindera pengguna melalui otak seseorang, pemain boleh mengalami dan mengawal watak-watak dalam permainan mereka mengunakan fikiran mereka. VRMMORPG dan NerveGear direka oleh Kayaba Akihiko.

Pada 6 November, 10,000 pemain log masuk ke dunia ruang siber SAO buat pertama kali. Secara tiba-tiba, semua pemain tidak boleh log keluar. Seorang mahluk misteri bernama Kayaba Akihiko muncul dalam bentuk hologram dan memberitahu pemain bahawa mereka mesti mengalahkan kesemua ketua (bos) di setiap aras sehingga aras ke-100 Aincrad sebuah istana keluli dalam dunia maya SAO, jika seseorang mahu bebas dari duna maya. Seseorang itu akan mati dalam permainan mengakibatkan NerveGear menghasilkan gelombang yang membahaya kepada otak akan menyebabkan kematian dalam dunia realiti.