Portal:Anime dan manga/Rencana pilihan/3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fairy Tail

Fairy Tail (Jepun: フェアリーテイル, Hepburn: Fearī Teiru) ialah manga daripada mangaka Hiro Mashima. Sirinya bermula di Majalah Shōnen sejak 2 Ogos 2006 dan telah diterbitkan oleh Kodansha dalam 57 jilid tankōbon; bab-bab individu yang diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh Kodansha, dengan siri pertama diterbitkan pada 15 Disember 2006, dan jilid ke-57 diterbitkan pada 17 Mei 2016. Fairy Tail ini mengisahkan pengembaraan Natsu Dragneel, seorang ahli sihir (Jepun: 魔導士, Hepburn: madōshi), remaja yang menyertai persatuan Fairy Tail sambil mencari naga bernama Igneel.

Versi anime dihasilkan oleh A-1 Pictures dan Satelight telah menayangkan 175 buah episod siri televisyen di saluran TV Tokyo sejak 2009. Studio A-1 Pictures juga telah menghasilkan enam animasi video original (OVA) dan dua filem animasi, dan OVA yang ke-5 untuk sekuel pendek selepas filem animasi. Siri Fairy Tail sebenarnya telah tamat pada episod 175 di Jepun (30 Mac 2013). Satu siri baru ditayangkan di TV Tokyo pada 5 April 2014 dan berakhir pada 26 Mac 2016.

Siri ini juga telah dilesenkan untuk keluaran bahasa Melayu di Malaysia oleh Comics House. Sembilan belas jilid berbahasa Melayu telah diterbitkan sejak Disember 2015. Di Malaysia, anime disiarkan pada hari Khamis pukul 7:30 petang di Ntv7; juga bersiaran di Animax saluran Astro 715 sejak 2010 hingga 2015 sebanyak lima musim setiap Sabtu dan Ahad, empat episod berturut-turut pada pukul 7.30 malam; dan juga bersiaran di 8tv setiap hari Sabtu pada pukul 3 petang.