Portal:Astronomi/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teleskop Angkasa Hubble setelah berpisah daripada bolak-balik angkasa lepas Discovery
Teleskop Angkasa Hubble setelah berpisah daripada bolak-balik angkasa lepas Discovery
Dua awan gas di Awan Magellan Besar
Dua awan gas di Awan Magellan Besar

Astronomi (juga dikenali sebagai ilmu falak) ialah sains semula jadi yang mengkaji objek-objek cakerawala (seperti bulan, planet, bintang, nebula dan galaksi), ilmu fizik, kimia dan evolusi bagi objek tersebut dan fenomena yang berasal dari luar atmosfera Bumi termasuklah letupan supernova, letusan sinar gama dan sinaran latar belakang kosmos.

Ilmu falak merupakan antara bidang sains yang tertua. Budaya-budaya prasejarah meninggalkan artifak astronomi seperti monumen Mesir dan Nubia. Peradaban awal seperti Babylon, Yunani dan Maya telah membuat pemerhatian dan pencerapan di langit malam. Walau bagaimanapun, penciptaan teleskop pada 1600-an telah mengubah astronomi kepada satu bentuk sains moden. Dari segi sejarah, astronomi mempunyai disiplin yang pelbagai seperti astrometri, pandu arah cakerawala, astronomi boleh cerap dan pembuatan takwim tetapi astronomi profesional pada masa kini sering dianggap sinonim dengan astrofizik.