Portal:Detektif Conan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Detektif Conan

Detektif Conan (Jepun: 名探偵コナン, Hepburn: Meitantei Konan) atau versi Inggeris Case Closed (Kes Ditutup) merupakan manga dan anime genre detektif karya mangaka Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shōnen Sunday bermula sejak 2 Februari 1994. Pada 17 Januari 2014, jilid ke-82 telah dikeluarkan di Jepun dan jadikan manga ke-24 yang terbanyak. Syarikat Tora Aman menjadi penerbit rasmi tankōbon Detektif Conan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin di Malaysia telah keluarkan 78 jilid pada bulan Disember 2013.

Versi anime dihasilkan oleh TMS Entertainment / V1 Studio, telah menayangkan 734 buah episod siri televisyen dan jadikan anime ke-16 yang mempunyai banyak episod di Jepun. Di Jepun siri ini bersiaran di kaca televisyen pada hari Sabtu pada pukul 6 petang (UTC+9 / Waktu di Jepun) di saluran Yomiuri TV (Kawasan Kansai) dan Nippon TV (Kawasan Kantō). Di Malaysia, anime ini telah disiarkan pada Sabtu jam 11.00 pagi di TV3 dan di Astro Ceria pada hari Isnin sehingga Khamis jam 2.00 petang.

Sebanyak 17 buah filem telah dihasilkan dari siri ini antaranya filem ke-17 telah dipawagamkan di Jepun pada 20 April 2013 iaitu Detective Conan: Private Eye in the Distant Sea. Filem ini juga telah mengaut melebihi ¥3.61 bilion juga merupakan filem yang paling terlaris dan tertinggi dalam siri ini. Ia juga telah disesuaikan ke dalam tujuh belas filem Weekly Golden, dengan yang pertama yang ditayangkan pada 17 April 1997. Sejak itu, siri filem ini sering dipawagan setiap bulan April pasti ada satu siri filem ini ditayangkan di pawagam. Tujuh belas filem yang telah ditayangkan mendapat kedudukan 10 teratas box office pada setiap tahun yang ditayangkan. Di Malaysia 4 filem siri ini telah ditayangkan di Astro Ceria dan TV 3. Filem terbaru iaitu Detective Conan: Dimensional Sniper yang akan dipawagam pada 19 April 2014.

Di samping itu, sebelas video animasi asal (OVA) dan tiga belas siri episod siri drama dalam watak manusia sebenar iaitu Surat cabaran kepada Shinichi Kudo (Jepun: 工藤新一への挑戦状, Hepburn: Kudō Shin'ichi e no Chōsenjō). Siri ini bermula siaran pada 7 Julai 2011 dan berakhir pada 29 September 2011 dan juga sedang bersiaran di Malaysia pada hari selasa pukul 6:30 petang hanya di TV 3. Sebelum siri ketiga drama ditayangkan telah dihasilkan dan berdasarkan plot tiga novel Detektif Conan.

Karya asal

Gosho Aoyama (Jepun: 青山 剛昌, Hepburn: Aoyama Gōshō), nama lahir Yoshimasa Aoyama (Jepun: 青山 剛昌, Hepburn: Aoyama Yoshimasa), ialah mangaka yang dilahirkan pada 21 Jun, 1963 di Daiei, Tottori, Wilayah Tottori, Jepun. Beliau amat dikenali sebagai pencipta siri manga Detektif Conan (di USA, Kanada, dan UK sebagai "Case Closed") telah bermula berkarya pada 1994 sehingga kini. Juga beliau pencipta siri Wait a Minute (1987), Magic Kaito (1987-2007), Yaiba (1988-1993), 3rd Base 4th (1993) dan Tell Me A Lie (2007) dan Gosho Aoyama's Collection of Short Stories.

Plot

Seorang pelajar bernama Shinichi Kudo (gambar) merupakan detektif remaja di bahagian timur Jepun (Kawasan Kantō) terutamanya di sekitar Tokyo. Dia telah diracuni sejenis ubat organisasi hitam iaitu (APTX 4869) yang sepatutnya membunuh Shinichi malah badannya menjadi kecil. Demi keselamatan dirinya, namanya diubah sebagai Conan Edogawa dan dia terpaksa tinggal bersama Ran dan ayahnya Kogoro.

Watak Pilihan

Kogoro Mouri (Jepun: 毛利 小五郎, Hepburn: Mōri Kogorō) merupakan ayah kepada Ran Mouri dan seorang detektif persendirian yang dikenali ramai kerana sering menyelesaikan kes, tetapi sebenarnya Shinichi (Conan)-lah yang membongkar kes untuknya. Sebagai "pakcik suka menggatal", Kogoro ahli dalam Judo sementara isterinya peguam. Kogoro telah berpisah dengan isterinya dan hidup bersama dengan anak perempuannya, Ran Mouri. Kogoro sering kali dikatakan sebagai pembawa sial / Kogoro tidur kerana dimana dia selalu berada, misteri ataupun kes pembunuhan akan berlaku dan dia akan menyelesaikan masalah sambil tidur kerana ditembak peluru bius oleh Conan.

Selanjutnya...

Alat ciptaan oleh Profesor Agasa

Pautan laur

Penyumbang

Anda dipersilakan untuk meletakkan nama anda di sini sekiranya anda lazim menyumbang rencana berkaitan Detektif Conan. Terdapat banyak lagi yang perlu diperkembangkan dan dilakukan dengan Portal Detektif Conan ini!

Topik

Wikimedia Berkaitan

Purge server cache